sedih
geram
benci
rindu
kadang kadang, bila sesuatu tu selalu ada,
kadang kadang, bila sesuatu tu depan mata
manusia,
selalu sangat lupa
manusia
tak pernah ambil endah
siapa siapa pun
bila tiada, sedih.
bila tiada, rindu.
lautan mana yang tak berombak.
hubungan mana yang tak pernah berselisih paham.
bumi mana yang tak pernah ditimpa hujan.
mata mana yang tak pernah digenangi air.
hati mana yang tak pernah terluka?
bila mula memencilkan diri,
jangan pernah ganggu,
jangan usik.
hati, kadang kala rapuh.
ia perlu waktu.
antara dua rasa,
bercampur menjadi satu.
antara mahu
antara ego
antara rindu.
sakit,
memang sakit.
mungkin ada sesuatu yang membawanya pergi jauh.
ada sesuatu yang perlu hilang di bawa gelap malam.
mungkin,
cuma biarkannya begitu.
melayani bahagianya sendiri.
mungkin,
hak untuk bertanya tu tiada lagi.
mungkin,
rasa redha tu perlu
melihat bahagianya bila tiada.
mungkin,
terseksanya ia,
bila ada.
0 nota comel dikongsi:
Post a Comment