Sunday, July 24

e-class

bercerita tentang masa lepas, manusia mana yang tak pernah wat salah dan silap tentang masa lepas.
salah tuh biasa.. kita manusia.. silap tuh mesti..

tapi satu yang kita selalu salah..
persepsi untuk mengakui salah itu, and effort untuk buang habit / penyebab kesalahan itu..

salah macam macam jenis salah, kita, yang pembuat salah tu,
please laaa... ubahhh!!

yu tamau orang baru / situasi baru tu buat yu nampak jahat, nampak yu hina,
nampak yu teruk, nampak yu liar,
then..?  berubahh.
bukan berubah untuk yang baru tu.. tapi berubah utk diri yu sendiri dulu.

"Subhanaka Allahumma wa bihamdika Allahumma Ighfirli. Innaka Antat-Tauwwabur Rahim" Yang bermaksud: "Maha suci Engkau (daripada sifat kekurangan), ya Allah Tuhanku, dan aku memuji Engkau wahai Tuhanku ampunilah (segala dosa)ku. Sesungguhnya Engkau Amat penerima taubat lagi Maha Penyayang."

berubah biaq beristiqamah..
bukan berubah dengan hati yang tak rela.. tak lama.
bukan nak mengata diri ni sempurna..
sekurangkurangnya tahu dulu letak diri kita sebenarnya di mana..

bukan lagi tunjukkan perkara yang yu sendiri nak hindarkan..
bukan tunjukkan betapa yu ranggi..
betapa yu hebat..
betapa yu kaki cucuk bulan..

bercerita benda yang tak perlu..
buat benda yang kita sendiri tahu hujung pangkal nak jadi apa..
untuk apa semua tuh..?

bila dh terexpose semua..? apa sudahnyaa..?
haaa, hentak pala kat dinding , potong urat nadi.. semua tuh..?
sudah sudah laaa...
itu semua makan diri sendirii..
sama sama la merasa sorang sikit..
kan?salah siapa.. still, itu salah kita.
sudah sudahlaaa.. usia kita makin bertambah..
biarlah mereka yang baru nak kenai dunia tuh merontaronta pagi petang siang malam
terkinjakinja..
kita..??

kita cukuplah dengan dunia yang lalu..
belajar dari kesilapan , kebodohan, kenaifan kita dulu..
hayat bukan semakin panjang untuk kita harungi..

Jauhilah perkara-perkara keji yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla. 

terimalah dengan hati yang terbuka..
salah tu salah kita..
kita yang buat kita kena terima.
bukan bersumpah berikrar atas nama daun bunga cinta..


ai manusia biasa, tamau melalut banyakbanyak tentang agama, ai jahil..
apa yang ai ada kita share samasama.







* sesunggunya ai pon manusia biasa.. tak lari dari itu semua..
bukan nak berlagak syurga,
tapi, samasama la kita jauhkan neraka. amin.



jom sengihnyebik samasama

Sunday, July 17

nahhh, kena kat sapaa? kena kat hang kena kat aku laaa, samasama kita berubah naa..♥

sekadar renungan bersama-sama..


Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ya nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Di dunia selamat, di akhirat pun selamat..





jom sengihnyebik samasama

blogwalking dan berkongsi ilmu :)

Tak patut aku mencintanya kerana kecantikannya. Mengapa ?

Mungkin satu hari nanti kecantikannya pudar dimamah usia atau dirampas oleh kemalangan jalanraya. Tak terkecuali kecelakaan di tempat kerja. Muka kena asid, cacat tangannya atau buta sebelah matanya. Kakinya tempang waktu berjalan, mengesot menyapu perjalanan. Masih buntu kenapa aku suka padanya.

Tak patut aku mencintainya kerana hartanya. Mengapa ?

Mungkin satu hari hartanya hilang secara tiba-tiba. Dia muflis secara tidak sengaja. Mesti lari ke hujung dunia, kalau boleh dah tannak tunjuk muka. Kata orang menyusahkan kita.

Tak patut aku mencintainya kerana daranya. Mengapa ?


Mungkin satu hari dia dirogol secara paksa atau daranya hilang secara tiba-tiba. Bodoh aku rasa kalau aku cinta dia kerana DARA.

Tak patut aku mencintainya kerana lawak jenakanya. Mengapa ?


Mungkin satu hari nanti dia menjadi muram tak seriang dulu. Mungkin dia dah tak boleh mengembirakan aku seperti dahulu. Mungkin juga aku akan bosan dan meninggalkan dia.

Tak patut aku mencintainya kerana tutur katanya. Mengapa ?


Mungkin sekarang sopan tutur katanya. Lembut senyumannya. Lama-kelamaan semakin pedas katanya. Sakit hati kita. Adakah aku dapat mencintainya lagi ?

Tak patut aku mencintainya kerana akhlaknya. Mengapa ?


Mungkin satu hari dia berubah. Ditunjukkan auratnya, terjejas peribadinya. Dahulu seorang muslimah sekarang bergelar minah. Masih buntu kenapa aku suka padanya.

TAPI..
Aku mencintainya bukan kerana apa yang ada padanya. Cukuplah aku mencintainya kerana Allah Subhanahuwataala. Mungkin cinta kerana Dia akan kekal selama-lamanya. Mungkin juga aku cinta kerana Dia menyebabkan aku dapat petunjuk dan hidayah daripadaNya. Bersama hingga ke Syurga, Kasih sayang yang tiada sempadannya. Huh, pendapat korang pulak ?








jom sengihnyebik samasama

Saturday, July 16

credit untuk adekku :')

“Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.
“Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak

jom sengihnyebik samasama

bitch ?? erkkkk.. what the heaven..



Do you believe in karma? 
Well, I do. And I hope one day this karma will get you back after all those fucked up things you've done to me. 




Karma's only a bitch if you are.


jom sengihnyebik samasama

rezeki, kalau memang untuk kita ia ada, kalau bukan, memang tetap bukan. :')

entri emosi? owh what..?? emosi setelah berkurun tah hapdet?
eermm, nak cita sikit and pendek jaa, tapi tah laa.
haaaii.. uolls nak baca then bcalaa..

tapi kalau takot terasa then tak apa..
ini blog saya, pandangan saya, personal opinion saya.

kadang kadang ai rasa kan, better kita kenai somebody tu scara luaran jaa..
bukan dalaman, bukan apaaaa..
bila kenai dalam dalam owhmygod,
tu yang tak bopa berkenan..luaq nmpak sucimurnibersinar
dalamannn? nahhh, berkarat, lari expectation ai..

haaa, itu secara generally okey, tamau cakap kat sapasapa,
ai okey ja sekarang, yu nak tunggang terbalik kaa,
ai tak kesah, tapi tu laa,
ai cuma tak gemor bila orang luaq nak ngata kat uolls, sebabnya..?
sebab burukburuk uolls uolls still wujud dlm life ai..

tah la haiihhh, kalau orang luaq pon buleh nmpak uolls pikir sendirila naa..
ai bukan apa.. ai dah okey, before nih ja ai susah sikit nak digest.
maybe hormone ai tak brapa nak stabil
jangan uolls plak yang nak terasa sorang sorang okey..

hahha, ai gelak sebab ati ai dah lega, blog ai untuk ai.
ai nak elakkan hipokrasi kat sini.



jom sengihnyebik samasama