Friday, December 30

cerita kosong di tengah hari.

okey, aku bukan nak shoot sapasapa.. aku cuma terpikir tengah kalut kalut wat assignment semalam.. tah la kenapa, aku punya kepala pusing pusing pusing..

apa sebenaqnya kita, as a woman nak?

WANITA.

okey , bagi aku la kan.. wanita nih nak kaseh sayang, kerjaya, dan jugak duit.

betui la kan, sapa yang tak mau semua tuh. kaseh sayang tu untuk kebahagiaan kehidupan kita jugak, kerjaya untuk menjamin masa depan, dan duit untuk kejayaan kehidupan sosial.

perlu, semua tuh perlu. tapi perlukah kita dapatkan semua tu dengan cara yang tak sepatutnya. tak aku tak jeles. aku buat entri nih untuk aku berfikir sendiri.

betoi, kita semua cukup perlukan yang hal tiga tu..cinta, kaseh sayang tuh leh ka kita tukar ganti dengan wang? materialistiknya kau.

aku tengok, orang dulu dulu, elok ja kerja, kawin and bahagia dengan hidup. semua tuh own sendiri. nak hidup senang. usaha.

****************************************************************************

ambil contoh, parent aku sendiri la kan.. mama dengan ayah pon bercinta jugak. bercinta time depa sama sama study dulu jugak. mama asalnya dari johor dan ayah masa tuh kat kedah.

ayah study kat johor and jumpa mama time orientasi. okey? nampak jalan ceritanya kan? as time goes by. depa kawen and still till now, mama and ayah still in love with each other. hal kecik kecik bertengkar sikit sikit tuh lumrah la kan. tapi still, depa together.

sepanjang aku hidup, tak pernah lagi depa bergaduh sebab kau ada orang lain, aku tangkap feel kat orang lain. ayah still ajak mama kalau nak ke mana mana. mama still bangun tengah malam kalau tiba tiba ayah pening or hypo.

tengok? see? ada ka macam kita sekarang nih? gaduh sikit, masam muka sikit dah tangkap feeling kat orang lain. cinta yang berubah or masa yang dah berubah?

nak cakap pasai perangai masing masing yang wat semua tuh jadi, aku rasa nope. tak semestinya. kau kenai dia, and dia kenai kau. it supposed to be no problem.

itu la cinta, kau terima dia punya kurang, kau tunggu dia bila kau bagi masa, kau ubah dia kalau kau rasa dia perlu berubah ke arah yang lebih baik, dan kau bercerita apa yang kau patut bincang kan dengan dia. tapi kau jangan jadi bodoh.

1. terima kekurangan pasangan.


ya laa, kau ingat kau tu perfect? abeh, kau nampak dia punya kurang ja.. kau punya kurang? kau ada kesah?
haaa, kau amek kesempatan dok tangkap feelingceritasedih lak kat orang baru. kau bajet macam kau dah abeh wat pengorbanan tak terbalas dah kat dia. padahai kau pon dua kali lima jugak. tamau tamau tamau..

2. susah senang bersama.


dah nama pun bercinta berkaseh sayang kan? kau susah kau senang la sama sama dengan dia..
 ni tak, kau susah sorang sorang, kau biaq dia senang tak berkuit sikit pon terlentang, tak pun kau senang sorang sorang sampai gigi pon kau celup emas nanti senang nak pi gadai, kau biaq dia hari hari garu kepala sampai botak tengah nak cari duit nak belanja kau makan domino's hari hari.. haaa, camana tuh?

jangan laa, masa kau ada kau share dengan dia, masa kau tadak dia share dengan kau.. kan fair and square. kadang kadang dia blanja kau, kadang kadang kau blanja dia, ikot kemampuan masing masing la kan.. lain la kalau kau pandai cekop ikan besoooo punya.. itu ikot suka kau laa..

3. ego kau kah, ego aku kah?


haa, bab ego nih payah la nak cita, aku sendiri pun punya ego yang sangat besar jika salah tu bukan di pihak aku, tapi kalau kena caranya, ego aku buleh jadi sekecik kecik ego tau? kau jangan tak tau..

apa kau tauu? aku tau kau sapa, sebab tu kau tau.. hahah. ego tamau besaq sangat, ego tuh bawak mudarat. kalau kau rasa partner kau tengah tanggung ego nala berat tak sanggah dah, kau jangan tambah dengan ego kau pulak.
kau ego, dia ego, sama sama dok dukung ego berat nala tuh lama lama dua dua pon terlentang la. sapa nak tolong sapa?


senang, kalau kau nak, then kau cakap kau nak.. kalau kau tak nak, taleh nak carry on, then kau lepaskan ja.. kalau kau rasa kau maseh mampu bertahan, kau bawak hubungan tuh lagi, tapi kalau kau rasa kau stay untuk terus melukakan hati dia, baik kau berhenti. yaa , aku menulis mengikut pengalaman aku sendiri. 

mana tau, bila kau pergi jauh dari dia, dia mungkin mampu berjumpa dengan somebody yang sesuai dengan dia. iyaa, kita tak da keserasian lagi. itu sama ada kau terlalu baik, atau dia yang tak pandai hargai kau kan?

* sebenarnya, yang baik untuk tetap untuk yang terbaik dan begitulah sebaliknya. kau pilih kau nak letak posisi kau di mana antara dua situasi itu.

aku suka dengan cara mama dengan ayah aku, kalau ada terselisih paham, sorang beleter *of coz mama and sorang lagi cuma diam. diam saja, rilex saja. lama lama yang sorang tu akan diam, and cool. tah laa. aku suka. sebab bagi aku, marah marah jugak, sayang tuh still ada, kat dalammmm, sebab tuh jadi marah sangat sebab expectation tu tinggi.

cukup la dulu takat tuh, aku pun malas nak type banyak banyak sebab takut, kadang kadang kita sendiri tatau apa nak jadi nanti nanti kan? cuma aku terpikir.. aku terfikir sendiri.

aku terpikir apa mungkin aku, satu hari nanti dapat lelaki sebaik ayah, atau aku akan di tinggalkan untuk perempuan lain macam isteri isteri yang di madukan? atau lebih teruk di ceraikan?

moga andai aku dan dia terbaca lagi entri ni, satu hari nanti, yang bila aku pon x pasti, aku harap ada sesuatu yang baik dapat di ambil dari sini.


jom sengihnyebik samasama

Monday, December 26

hai awak

sehari lagi, dah bertambah sehari lagi.. tau tak kenapa? sehari lagi dah aku dengan kau maju ke depan.. aku? aku still hepi and sayang kau macam hari first kita feeling feeling.. lebih lagi tau x? lebih banyak..
tah la kenapa, tapi aku bersyukur sebab setiap kali before tido, aku akan ingat kat kau, and setiap kali selepas bangun tido, aku x pernah lupa kau..

dan yang best sangat tu, KAU. kau langsung tak lupa aku, macam kau buat dulu dulu.. setahun lapan bulan kita bersama, aku mengaku, kadang kadang mandi, makan aku lupa kat kau, tapi kau? yang tu aku salute.



haa, uduh piang tak? tu la antara picture terawal kami.. haaa, abaq hg.. aku kuruih lagi tau tak? HAHA
time nih kat KELLIE'S CASTLE.. macam tak percaya ja ada subang kat telinga aku. 

p/s 1 : iloveyou!



ni pulak masa dekat event sureheboh kot, kat stadium, time nih awak mai dari kampung kan? time cuti kan?semata mata nak bawak owg ke situ.. ha'ahh, owg bawak kawan kawan owg, ehhh, merangkap kawan kawan awak jugak okay.. sweet sangat, sebab time nih pon awak dah tau yang owg tak suka tempat yang banyak manusia manusia and sesak sesak.. awak ajak owg masuk kereta and awak on aircond kuatkuat.. then kita pon camwhore la bersamasama kan? yeahhh..

p/s 2 : iloveyou!



nih pic awak dah start tembam.. hahah, nih time kita tengook movie kat parade.. rasanya kalau tak silap owg kita tengok cita nora danish tu kot kan? time nih kita naik moto lagi.. sweet lagi.. awak tengok jerawat kat pipi owg tuh.. awak tengok.. haaa, namapak tak betapa gatainya owg time nih.. :p

p/s 3 : iloveyou!


haaa, pic nih pulak time kita dok wat rehearsal nak amik dean list kat hall.. haaa, time tu kita amek untuk dua sem yang kita dapat dean list kan? alhamdulillah, sampai sekarang even kita bercinta bagai nak rak pon, study tetap priority kan? alhamdulillah.. :)

p/s 4 : iloveyou!


nih pic kita kat gunung lang.. tempat feveret awak.. ermm sori la saya cuma ada copy untuk yang dah di edit saja, ingat tak dulu picture saya dalam pendrive tu dah ilang?? awak ingat x? haaa, sori okey.. tapi saya buleh simpan yang nih ja lagi.. laptop awak plak saya dah rosakkan.. soriii.. :(

p/s 5 : iloveyou!


ni pulak picture bracelet yang awak belikan untuk saya.. kecin3 bunyi dia.. tapi awak tengok laa.. pompuan macam saya nih rasanya tak layak pakai benda benda cute macam tuh.. dah la luka luka bagai.. siap putus lagi gelang tu tiga pat kali.. hhehe.. loceng tu pulak dah kemek kemek bagai.. saya nak simpan tamau pakai.. awak x bagi.. errr..

p/s 6: iloveyou!


see? saya dah cakap, banyak picture kita yang kat gunung lang.. godek godek pon pic kat gunung lang lahi.. time niih kita makan cornetto.. haaa, lagi satu yang saya tau pasai awak is awak suka sangat dengan icecream.. suka sangat.. :)

p/s 7 : iloveyou!!


okeyy, time nih kita kat pizza yang area jj tuh.. awak ingat tak? ni la first time saya masuk pizzahut dengan awak.. betoii? haaa, okeyy, kita mai sini untuk anniversary monthly kita laa.. heheh, makan sampai jadi pacat.

p/s 8: iloveyou!


haaa, time nih first time on the way nak pi umah awak kat kampung kan.. pi umah hana, pi umah yana.. pi umah anak sedara kak ira.. haaa, jangan ingat kami pakat na nak pakai baju nih.. tak sengaja tersama..

p/s 9: iloveyou!


ni plak time kita pakai cincin sama sama kat yasmin.. haaa.. macam tak percaya, biaq berapa pon boipren owg before nih, biaq macamna pon life owg before nih, tapi dengan awak.. yang paling sweet skali..
awak bukan ada time awak suka ja.. time awak tak suka awak tadak.. awak bukan ada time awak need owg ja, tapi time owg need awak jugak.. awak bukan ada time kita happy happy ja.. time kita moody moody pon ada..

p/s 10: iloveyou!

biaq apa pon kata manusia.. sayang saya tetap kat awak.. biaq apa pon kata manusia.. moga kita kuat, moga taufan tak mudah rebahkan kita. 

bercinta, dah lumrah pon bercinta.. siapa tamau sampai ke ujung nyawa dengan orang yang kita cinta?kalau tanya aku, nak ka tak, mesti la hati aku jawab nak.. tapi, kita siapa nak tentukan ending cerita cinta kita dengan siapa.. dah terlanjur bercinta, bercinta ja dengan yang dah di pilih hati.. cukup satu,  sebab hati kita satu.. jangan tamak. jangan bongkak. dunia ada karma.

aku tak salahkan takdir, kalau satu hari nanti kita tak di takdirkan bersama.. cukup. takpa. jodoh sampai titiknya. salah siapa? bukan salah sesiapa. except terang lagi bersuluh memang ada orang ketiga. salah dia ka? tak, bukan salah dia, salah tu amek sorang sikit.

bak kata lelaki lelaki yang suka cari orang ke tiga nih, reasonnya bini tak pandai jaga suami, awek  tak pandai amek hati boipren.. nah senang ja.. cerai la , putus la.. buat cara betoi betoi, nih tak. lagi mau selingkuh. syok kot no..uitt, melencong jauh dah nih. bukan apa, time bercinta bagai nak rak ni la kena pupuk siap siap. jangan sampai dah kawen pon sok sok dok macam tu jugak. tamau tamau tamau.

nih peringatan untuk kita, untuk aku, untuk kau. 

happy one and eight month-niversary sayang!! 

p/s : bukan salahkan takdir andai jodohku satu hari nanti
 dengan yang sudah dipunya dan mempunya. 
cuma jika aku di letakkan di posisi yang di ambil, 
aku rasa biar aku di tinggalkan, 
dari membiarkan yang diambil dan yang mengambil 
menanggung apa yang tak sepatutnya di tanggung.
waallahualam.




jom sengihnyebik samasama

Sunday, December 25

nak ka tak nak

ya, entri ni tak panjang, just lepak lepak depan tv tengok melodi, sambil tangan godek godek google nih,
jumpa satu blog yang menceritakan pasai berubah, woww, topik berat tapi sebenaq nya tak susah nak buat..

aku? apa kena mengena dengan berubah? yaa, bukan nak kata apa laa, aku sendiri pon banyak cacat cela, banyak compang camping, tapi satu yang aku nak buat sekarang nih, aku nak berubah sikit sikit.. tah la kenapa.. pagi nih aku berat sangat nak berubah..

berubah tentang hal yang satu nih dah banyak kali sangat aku nak buat.. aku dulu pon bukanlah tak pernah ada pengalaman langsung untuk ke arah nih.. cuma point to start tu tak jumpa.. bila aku pikir nak berubah ke sini, aku pikir pulak tak apa ka? aku itu, aku ini.. buleh ka? aku macam tu , aku macam ni..

nahh, bila aku baca artikel tuh, aku tiba tiba semangat, kauu.. haaa, jangan tak tatau, sekarang nih pon aku tengah tunggu samabl udang petai aku masak.. kau tengok... terpikir pikir lagi tuh, terus aku nak menaip masuk sini.. 

so that, aku lebih bersemangat.. yeahhh! aku tau, aku nih keras hati.. aku nak, then aku nak, aku tamau then kau tayah la susah susah hatii nak paksa aku.. bak kata sir soman, intuition aku kuat sangat, kata hati aku kuat sangat .. so, aku rasa, hati aku tuh aku boleh bawak..

jadi, sempena hari esok, rasanya, aku dah nak start dulu.. aku nak start dari mula mula..aku tengok blog Maria Elena pon cmtu, dia ada cakap.. yang ignore ja apa masyarakat akan kata masa kita mula mula nak berubah tuh.. yess!

semangat nih, tak pa tak pa.. kita tengok okey? 

jom sengihnyebik samasama

Saturday, December 24

antara kau dan aku

nahh, arini mood nak bercakap tu kurang dari mood nak menulis.. yaaa, tolong jangan salahkan aku, tolong salahkan hormon aku.

tah kenapa, tiba tiba aku rasa nak tulis pasai beza laki dengan perempuan.

aku ulang yaa,  tah kenapa.

okey, meh aku konklusikan. setakat yang aku rasa aku kenai makhluk tuhan yang bernama lelaki nih. aku leh nampak benda nih.

1. perempuan nih kuat emosi, lelaki nih cool jaa.

haa, aku conclude nih dari pengalaman aku sendiri, laki yang cool selalunya kalau tengah da krisis dengan girlfriend dia, dia akan senyap. bukan tamau selesaikan masalah, tapi tamau panjangkan masalah. tapi kau, kalau dia dah angin, kau cakap la macam mana pon , kau jangan arap nak buleh slow talk dengan dia lagi.

perempuan, seboleh bolehnya, time time tu jugak nak selesaikan, seboleh bolehnya, biaq abeh time time tuh jugak, kalau leh time time tu jugak la nak explaination, padahal time time tuh kau dah pon jatuhkan hukuman kat dia. bajet macam kau nak tau ja kan apa alasan dia benda tu jadi benda nih happen. meracau racau, meroyan royan, and melalut lalut sampai nanges nanges and tertidoq.

huishh, aku tak tipu tau?

2. perempuan kuat merajuk, lelaki mati akal nak pujuk

yaaa, part nih aku tau, kau memang tengah senyum kan.. haaa, aku tau.. ermm, tapi nak pujuk perempuan nih bukan susah pon.. kau kenai kan girlfriend kau camna, apa yang kau patut buat bila dia tacing, apa kau patut buat bila dia angin, so, apa susah? kau follow ja laa..

perempuan nih tak merajuk la kalau tadak sebab, takkan tiba tiba nak merajuk, mesti ada sebab, ada yang wat perempuan tuh terasa. solusinya, senang aja..

kau say sorry, and kau tanya, apa punca dia merajuk, motif? nak bagi dia rasa kau kesah. and kalau dia stay dengan jawapan tadak papa, kau pikir apa ayat kau yang last, paling tak pon lima minit sebelum dia terasa and merajuk. point tu ada kat situ.

yang nih pon aku tau.. hehehe.. :)

3 . kenapa kau dengan aku

perempuan, biaq sekasaq mana pon dia, sekeras mana pon dia, hati perempuan still hati perempuan, nak di belai, nak di sayang, kau cakap elok elok, kau bagi dia paham satu satu, maybe girlfriend kau tu lembab sikit, kau jangan marah dia, kau kena ingat tulang rusuk tuh bengkok, kalau kau paksa paksa mau patah..

lelaki dengan perempuan dipasangkan untuk saling melengkapi, okayy. supaya yang kusut dapat dirungkaikan, yang serabut dapat di jelaskan,  supaya yang keruh dapat di jernihkan.


p/s 1: syukur alhamdulillah, dah bertambah lagi usia relationship kita
p/s 2: syukur alhamdulillah lagi, taufan tuh tak pernah robohkan kita
p/s 3: moga panjang jodoh kita, moga hati kita tak berubah, tapi kita kena redha dan pasrah, kerana takdir itu lebih indah..

jom sengihnyebik samasama

dalam samar ada sinarnya.

yaaa, lama sangat dah aku tak update blog.. mood  menulis tu tak ada.. mood tu kena cari..
nak cerita apa? nak cerita banyak sangat benda benda yang jadi kat aku recently.

1. aku sakit lagi

ha'ahh, bosan jadi alya. yaa, tah la silap katna.. tapi aku rasa puncanya msti la sebab aku slalu malas nak pi toilet bila rasa nak terkencing.. opss..

last last dh aku kencing berdarah bagai.. pi farmasi awalnyaa sebab dok bajet kencing kotor.. tanya kawan itu, tanya kawan ini.. amek ubat itu amek ubat ini.. last2 aku pinjam keta ila aku ke hospital jugak.. motif? tak tahan sangat..

pinggang , perut, kencing, makan minum, semua dalam terseksa.. syukur, ada incek boipren.. dia yang usung aku ke hulu ke hilir.. dari farmasi di silibin, ke farmasi kat klebang.. dari farmasi kami tukaq pi klinik greentown.. dari klinik pi hospital.. huioshhh..

ini sakit bukan tipu tipu, ini sakit sangat sangat..

bayangkan, tiap2 kali aku kencing aku nanges.. nanges sorang sorang dalam toilet tuh.. haa, time tuh terasa sangat aku nih kerdil gila, time sakit baru teringat tuhan.. sakitt, sakitt.. uishh.. T____T

bila aku duduk lama ja pinggang nih sakittt, bila aku siap mandi ja, sakitttt, tau la permai ini ayaq dia sejuk gila mappp.. tiap2 kali mandi, nahhh, memang aku terbaring la sat..

tapi, dalam sakit sakit aku nih, aku salute satu laa.. incek kekaseh aku slalu ada dengan aku, even aku kol dia, aku sakit time pukul 1.30 pagi pon dia still mai kat aku.. bawak minyak panas..

tunggu aku tido kat depan pintu tuh.. yg aku sedap-sedap dok kat toto empuk tak empuk sangat laa, siap berselimut lagi depan tivi ni.. padahal, hujan kot kat sini petang petang.. dia still tunggu sampai pagi.. and aku x sedaq pukoi bapa dia balik.. yang aku tau aku terjaga, pintu dah dia tekan padlock.. ermm, aku buleh terjaga pasai sejuk, dia? wallahualam.. last-last pagi sok aku pon terlewat bangun..  dok sayu dan pilu sowang2.. :) kesah plak aku kan..

2. praktikal dan evaluasinya

ermm, nak cakap praktikal kat sini tak best, tak la jugak.. yupp, kerja memang tak banyak.. tapi sekali dia bagi kerja, haaahhh, menjawab la jugak kau..

aku awalnya dok bajet masuk grup sir vijay, yaa, jangan lupa, kami kat sini ada 19- 20 macam tuh.. sir or manager yang akan handle kami ada tiga saja, satu manager ja akan amek lebih dari lima.. awalnya, aku , incek kekaseh dgn lagi 2 3 orang ingat nk masuk grup tu laaa, sekali bila dia suruh introduce diri.. dia sendiri yang pilih..

katanya yang dia pilih tuh yang dia nak polish.. katanyaaa.. so, tercampak la aku dengan incek kekaseh ke grup mr soman, bak kata kama, grup sir soman nih banyak kena keluaq buat survey.. nah kauu, jenoh la ku..
haha, tapi, takdir tuhan tuh indahh..

grup sir vijay yang sibuk sekali, grup sir vijay yang paling banyak kena kuaq survey.. okey laa, aku okey ja sebab aku kena stay office jaa.. type type surat and create blog saja..

tapi, kalau nak compare rasanya grup sir soman yang best skali.. kerja on and off.. tapi still tak duduk nganga.. last day tuh sir ada treat kami makan domino's lagi.. iya laaa, bawah tuh domino's yang paling dekat.. dia ada tanya, nak pizza ka, apa kaa.. kami pilih domino's..  ambik kau, 5 bijik dia beli.. bayangkan kami cuma 10 orang tau tak.. haaa, sampai muak laa..

kalau nak ikut perancangan kami sendiri - yaa, aku dan incek kekaseh.. aku dengan dia awalnya nak grup yang senang kerja.. sir vijay dekat ofis, sir rao senang dapat a.. tapi takdir dah campakkan aku denagn dia ke grup sir soman..

sir vijay = sibuk + kuaq survey + banyak kerja
sir rao = langsung talehpa, i mean LANGSUNG.. ni bukan aku yang ckp, ahli grup tuh yang gtau okayy..
sir soman = kerja on off + tak duduk nganga saja + tak duduk bz sangat + kami dapat treat lagi dari sir

haruslah kau jeles kan.. :)

so, tu la yang aku nak cerita.. yang mana terlebih terkurang mintak maaf la yaa..



p/s 1: sekarang aku sakit lagi, nahh, period aku pulak yang lmbat
p/s 2: berubah sikit hormon pon lari.
p/s 3: buleh ka camtu biological clock oiiiii..

jom sengihnyebik samasama