Saturday, January 22

masih sampai sini :)


"Dengarlah kata hati.
 Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam 
yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. 

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.
 Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi
 dan tindak balas pada situasi tertentu.

 Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita,
 tanyalah sekali lagi.
 Adakah dia ditakdirkan untuk kita? 
Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan.
Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa"
hey u, i still fall in love with you.





"Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku,
dan aku memberikannya kepada kamu,
Tolonglah! Jangan diberikan lagi pada orang lain!
Tolonglah cintaiku dengan kesungguhan mu..."

jom sengihnyebik samasama

Friday, January 21

janjiku padamu owh owhh..♥

Tiada kusangka sejak detik itu 
Kau membuka pintu kamar dihatiku 
Cinta yang terhampar satu tika dulu 
Bersinar kembali 
Pandainya dikau mencuri hatiku 
Dengan kejujuran dan tingkah lakumu 
Memberikan aku satu keyakinan 
Mendungkan berlalu

Akan kupertahankan cinta ini 
Demi kesetiaan kupadamu 
Akan kutempuhi onak duri 
Demi untukmu bidadari 
Percayalah janjiku ini


Andainya kau jauh dariku 
Dekat dihatiku 
Andainya kau yang pergi dulu 
Hampalah cintaku 
Jangan tinggalkan ku 
Jangan persiakan cinta yang murni

Akan kupertahankan cinta ini 
Demi kesetiaan kupadamu 
Akan kutempuhi onak duri 
Demi untukmu bidadari 
Percayalah janjiku ini

Andainya kau jauh dariku 
Dekat dihatiku 
Andainya kau yang pergi dulu 
Hampalah cintaku 
Jangan tinggalkan ku 
Jangan persiakan cinta yang murni

Andainya kau jauh dariku 
Dekat dihatiku 
Andainya kau yang pergi dulu 
Hampalah cintaku 
Jangan tinggalkan ku 
Jangan persiakan cinta yang murni


p/s : motif? entahlahh, tiba tiba terasa rindu,
mau berkongsi, tapi tiada mood lagi..
saya okeykah? okey saja.. :)

jom sengihnyebik samasama

Wednesday, January 19

khurafat !!


haaa, tadi nih tau tak tadi nih jadi apa?
hahaha, saya telah berjaya menonton,
filem seram aka h a n t u
dengan cuma menutup mata sekali sekala saja.

hebat tak?
tobat hebat.
sebenaqnya buleh kira la berapa kali
sangat la kami pi tengok cerita hantu sama sama,

tengok tengok tadi tengahari, 
tup tup, si dia ajak saya pi dating keluaq jalan jalan,

si dia cakap jom tengok movie, haaa..
itu bukan dating, itu keluaq jalan jalan,
okey, saya senyum sekarang ^^

ermm, saya ingat si dia dah lupa, 
rupa rupanya tak okey,
si dia ingat okey,
okey, saya okey saja, jom!!

haaa, tengok gambaq la senang cerita,





hoiii, kalo ikot saya,
ini sudah takot teruk, saya asek asek kena gelak saja,

erghhh~
tapi tak apa, incek kekaseh ada saja,

cerita nih memang menakutkan,
first time tengok cita hantu ka?

tak laa, dah banyak kali,
tapi semua cerita melayu saja,
hahaha, baru nak test.

before nih pon dah tengok cerita hantu jugak,
niyang rapik,
mantra,
damping malam,
haa, nih cerita paling takot,
khurafat.

dah dah, pi tengok pi,
baru anda faham apa yang di cakapkan saya.




p/s : pendek saja, tak larat tuleh, saya diet.

jom sengihnyebik samasama

Saturday, January 15

kenapa yaa dan aktiviti kekasih di hari jumaat..


 hoho, nak jadi cerita la kan,
kemaren, ermm kemaren tuh kalau 
ikot nahu saya ialah hari sebelum hari ini,
yaa, yesterday..

okey okey, kemaren
masa incek kekaseh mau pergi semayang jumaat 
si dia ada bagitau
mau tunjuk kat saya sesuatu,
haaa, apa dia?
biaq la rahsia,
amboi haaiiisshhh, tuh rahsia dalam kelambu,
taleh cita taleh cita,
hahaha,

tapi, di sebabkan si dia sudah sedikit lewat
maka saya putuskan selepas si dia pulang sahaja
baru kami berjumpa,

yaaa, sambil menunggu si dia pulang
saya pon terkebil kebillah sorang diri
memandangkan semua room mate sudah pon
melayarkan impian kaseh
jadi kebusanan yang saya alami
nauzubillah,
memang gila punya busan.

hampir hampir mata terlelap
tiba tiba lagu stacy nih pon menyanyik nyanyik,
di sebabkan saya sedikit mamai
saya terlupa nak basuh muka dulu,
hahha, sememeh gilaaa!

okey okey, berbalik kepada cerita asal,
bila dah sokseksoksek
semua bagai,
saya pon melepaklah dengan incek kekaseh
kat bawah tuh..

panasnya time tuh tuhan ja yang tau,
dan salah satu punca kenapa saya taleh tido lagi pon 
sebab panas tuh laaa..
sedihh? haaa, memang patut pon.

okey satu task untuk menunjukkan BUKTI
bukti untuk apa?
keep on reading.

SITUASI 1

" panas laaa, jom mandi chepor jom..."

haaa, tau tak apa si dia cakap,

" jomm, **** okey jaaa..."

melompat laa saya, seronok sangat.

pastu tanya kat si dia lagi,

" nak kena bawak baju salin tak..? "

" arghhh, tayahhh, nak p mandi ja ponn.. "

haaaa, lagi sempoi..
saya suka awak sangat sangat sebab punca yang satu nih laa,
bila saya dengan awak,
awak sangat sempoi, simple, mudah dan tidak fake!!

*ngehhhh~ persoalan tentang perlukah di bintangkan perkataan itu,
cuma tolong abaikan.

ermmm, yaaa, bayangkan perbualan di atas terjadi ketika
situasi yang sangat panas dan memeritkan kulit.
.
.
.
.

SITUASI 2

" alamak, ujan la yangg..."

" aduishhh, awat ujan pulakk...?"

"abeh, camna nih..?"

"kita dah sampai dah pon kan..?"

"herrmm, tu laaa, ermmm, ujan nak buat camana.."

" ermmm, tapa laa, jom balik jomm.."

" ermmmm..iyaa, iyaa, biasa dah. "

maka, kami pon patah balik ke hostel, yaa!

saya ulang type di sini,

kami pulang ke hostel semula..
.
.
.
.

ermmm, memandangkan saya tersangatlah busan
maka saya pon mengajaklah si dia
ke taman permainan yang terletak dekat dekat dengan hostel kami .

yaa, taman permainan .

mau buat apa?

SITUASI 3

yaaa, lawan main ndoi,
ermmm, saya cakap itu ndoi,
si dia cakap itu buai,

okey, tak kisahlahh.

lawan lawan tengok tengok si dia menang,

okey okey tukaq game,
si dia kena hayun ndoi saya laju laju,

okey, tersangatlah laju,
tukaq tukaq,
mai saya hayun buai si dia pulak,
hahaha, niat kat ati nih nak hayun sampai si dia gayat,
nahhhhh, bergerak sikit jaa..

tak best.. :(

tukaq tukaq.
.
.
.
.

SITUASI 4

kami kutip kutip buah yang ada macam kuaci tuh,
lawan sapa kopek lagi banyak,
sapa kalah kena denda,

okey, saya kalah.

denda yang si dia bagi saya kena menari zapin keliling garden tuh
owhh, tamau tamau,
saya nak wat game tuh skali lagi,

saya kutip banyak banyak bagi si dia kopek,
saya nanak kuaci tuh nak simpan,
heheheh, gelak jahat,
saja mau kenakan si dia,

tup tup abehh,
ermmm, busan, semua menang kat si dia,
ermm, baek baek,

biaq si dia pulak pi cari menda alah tuh,
nahhh, selonggok,
ergghh, arghhh, banyakkkknyaa!!

hahahahah, saya buat buat pengsan.
.
.
.
.

hohoho, kami gelak gelakk,
berlakon macam wat kerja nak cari nafkah,
yaaa, sangat tak senonoh,
macam main masak masak tuh..

ermm, tengok tengok dah petang sikit,
si dia ajak,

" jom gi mandi chepor jomm.."

" ceyes nak pi..?"

terkejut saya, si dia nak bawak lagi sekali?

"ermm, tapa ka nih..? nanti ujan lagi macamna? "

" ermmm, alaaahh, macam tak biasa yang.."

yesss, semula ke sana.

dan sekali lagi, hampir sampai,

kami kena ujan lagik..

pasrah jaa,
saya cakap saya mau mandi jugak jugak jugak.
si dia pon okey saja.

kami pusin pusin cari tepat yang best,

nahh, dah jumpa..

yeahh, tapi ayaq tak dalam,
arghh tapa jaa..

hahha, main main gelak gelak,
lsat last, kami terduduk sat,

penat, tengok tengok ada kayu pokok tuh lalu,
si dia amek, hhaha

saya rampas sambil wat muka toya.

ngehhh, jahat!

saya amek saya tulih kat situ,
tulih apa?
nanti laa, seprais nih.

tadaaa..
haaa, yang nih khas untuk si dia,
yang aritu si dia dah buatkan, yang still saya simpan sampai sekarang
yaa, si dia..
si dia masa saya suruh buat muka toya^^
yaaa, jangan terkejut, yaa, inilah saya
gambar saya yang disnap si dia, terima kaseh sayang!!!!!!
hahahha, love you dear..

muncung macam saya :)

tuh muka nakai tuh, aishhh, tampaq laju laju mau?

hahah, saya balas balik, padan muka sekerat ja muka si dia..

okey, ini namanya tadak kerja.

yaaa, si dia balas balik, baiklah.


kasut selipar kami, saya pakai kasut kama :)

ini tersnap, tengah jalan nak pi snap pic si dia.

yaaa, kesimpulan daripada situasi situasi di atas ialah,
SATU, 
 kita mampu merancang tapi TUHAN yang menentukan,
yaaa, kadang kadang kita dah rancang 
elok elok
baik baik, 
tengok tengok HUJAN di tengahari rembang yang sunggoh panas litlit!

DUA,
yaaa, perempuan ialah insan yang diciptakan dengan sifat
lemah lembut,
motif semua tuh? situasi tiga dan empat dah menunjukkan yang saya 
sudah BERALAH dengan si dia.

hahahha,  yangku ada hanya kamu saja!

jom sengihnyebik samasama

Friday, January 14

itik dan kura kura, apa nih?

Terdapat dua ekor itik dan seekor kura-kura yang bersahabat baik tinggal di suatu kawasan yang semakin kering dek kemarau panjang. 
Binatang-binatang yang bermastautin di situ telah lama meninggalkan tempat tersebut memandangkan semakin hari semakin sukar untuk mendapatkan makanan dan minuman.
 Semua kolam kering dan tumbuh-tumbuhan semakin kekuningan dimamah sinaran mentari yang hangat membahang.



Disebabkan keadaan semakin mendesak, maka dua ekor itik itupun telah berpakat dan mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan yang lebih lembab dan berair. 
Kura-kura berasa risau memandangkan sahabat baiknya ingin meninggalkan tempat tersebut. 
Dengan keadaannya yang bergerak lambat dan tidak boleh terbang seperti mereka, agak mustahil untuk dirinya mengikuti jejak langkah mereka. 
Maka dia pun berkatalah kepada kedua-dua ekor itik tersebut.
"Kalian hendak berpindah, nanti aku akan mati kekeringan di sini. Aku tidak mampu terbang mengikutimu mencari tempat yang lebih baik. "
"Hmmm.. betul juga kata kamu Si Kura-Kura. Owh, tidak mengapa jika kamu mahu, kami boleh membantu kamu untuk sama-sama berpindah," ujar salah seekor itik tersebut setelah berfikir seketika.
"Bagaimana?" balas kura-kura kembali.
"Kami berdua akan menggigit sebatang kayu dan kamu juga mesti menggigit kayu itu untuk sampai ke destinasi kita dengan selamat. Bagaimana, kamu setuju?" Soal itik.
"Owh, kalau begitu aku setuju," kura-kura memberi persetujuan tanpa berbelah bagi.
Maka terbanglah kedua-dua ekor itik itu mencari tempat tinggal baru bersama kura-kura. Tiba-tiba sedang melalui suatu kawasan, ada beberapa orang budak nakal yang mengejek kura-kura.
"Hei kura-kura! Ada hati nak terbang tinggi. Engkau tu dah memang semulajadinya tidak boleh terbang, ada hati nak terbang tinggi macam itik. "
Kura-kura berasa geram dan marah dengan ejekan tersebut, tetapi dia masih tidak berkata apa-apa kerana dia tahu jika dia membuka mulut pasti dia akan terjatuh.
Kedua-dua itik tersebut terus terbang meninggalkan mereka tanpa mempedulikan ejekan budak-budak itu. Setelah penat terbang mencari destinasi impian, 
mereka melalui satu lagi kawasan yang dipenuhi dengan budak-budak yang sedang bermain.
 Mereka begitu kagum dengan keberanian dan kesungguhan kura-kura.


"Kura-kura, kami kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh kamu. 
Walaupun kamu tidak boleh terbang, tetapi kamu berusaha dengan gigih dan mahu ditolong oleh sahabat-sahabat mu, " jerit mereka kepada kura-kura.
Disebabkan teruja dengan pujian budak-budak tersebut, 
maka kura-kura pun membuka mulutnya untuk menjawab pujian budak-budak itu.
'ALHAMDULILLAH, aku ingin pergi ke tempat yang lebih baik dan berair bersama itik-itik"
Sebelum sempat menghabiskan kata-katanya, 
maka jatuhlah kura-kura itu ke atas tanah dan berkecailah badannya.
Begitulah berakhirnya kisah Itik dan Kura-Kura. 
Apabila dikeji, dihina, kura-kura begitu kuat tetapi kura-kura yang dulu bersemangat kental akhirnya mati menyembah bumi dek kerana sedikit pujian.
Begitu juga dengan kita, kita akan kuat apabila dihina dan diberi pelbagai tohmahan tetapi kita mudah terbuai dengan puji-pujian. 
Dalam kehidupan ini, kita janganlah cepat lemah dengan kejian,
 dan cepat riak dengan hanya sedikit pujian.
Sebaliknya sentiasa bersyukur dan jadikan setiap kejian, 
umpatan dan fitnah tersebut sebagai sumber kekuatan kita untuk terus berjaya. 
Dan jika kita dipuji, janganlah pula berasa riak. Sebaliknya kembalilah segala pujian tersebut kepada-Nya, kerana tanpa keizinan-Nya tidak mungkin kita mampu memiliki apa yang kita usahakan.




p/s : Awal pujian adalah lembah kehinaan. Janganlah kita mudah terbuai dengan pujian yang diberikan, kelak kita yang akan binasa.

jom sengihnyebik samasama

dalam sampai sini..

ermm, mood malam ini?
owhh, mood sedikit lari,
lari ke mana? lari tak jauh,
maseh dalam sini..

ermm, ati sedikit pedih,
jiwa sedikit kacau,
maintain maseh?

yaa, maseh maintain.

kenapa? entah.
itu benar, entah kenapa saya tak tahu.
cuma sedikit terasa,
sedikiiiiit cuma,
benar katanya, sumpah benar,
tapi itu mengikot perspektif si dia,
tafsiran sendiri.

iyaa, si dia takot saya merajok oleh sebab itu
si dia cuma mengikot.

faham? yaa, saya faham.
takot? tak, si dia tak perlu takotkan saya.

mahu menang sendiri?
yaaa, itu saya sebenarnya.

nahh, tak percaya?
perlu, anda perlu percayakan saya,
kenapa? itu fakta.

erghhhh, tak perlu kusutkan minda,
biaq cuma saya tahu,
anda ? owhh, usahlah.

tiada keperluan.

ermm, mood mahu bersyukur,
iyaa, biaq bagaimana pon,
saya perlu bersyukur,
perlu tahu menghargai,

yaa, hari ini genap sudah
lapan bulan dua minggu empat hari

yaa, tempoh itu bukan sekejap sekejap.
si dia?

yaa, si dia maseh menyayangi saya,
menyesal?

entah, saya pernah bertanya,
namun jawapan si dia maseh sama,
si dia memilih saya, 
si dia mahu menerima saya seadanya saya,

andai di soal tentang usia,
si dia yakin seyakinnya si dia mahukan saya,
katanya pedulikan mereka,
mereka cuma pandai berkata kata,
yang rasa bahagia itu kita,

jika di tanya berapa lamakah kami mampu bertahan bersama,
si dia cuma menjawap jawapan yang maseh sama,
si dia mahu bersama saya bukan sekejap sekejap,
si dia mahu lama,

owhh, saya?
saya bukan maen maen,
cinta sesuatu yang perlu di jaga,
saya? owhh, saya tak pandai itu semua,
yaa, sedih, sedikit sedih ketika ini,

cuma tadi, sedikit tersentuh saya,
ketika di kelas tadi,
si dia bertanya bagaimana saya jika si dia tiada,
ermm, cuak? yaa, saya cuak,

takot? sumpah takot,
sunggoh, maseh terngiang ngiang 
hingga ke saat ini,

punca apakah?
puncanya saya.

ermmm, saya takot kerana saya,
logikkah?
yaa, logik.

kerana saya kurang prihatin tentang itu,
selalu memikirkan cuma saya,
bukan kami seperti si dia,

ohh, sedih? maseh sedih hingga kini,
iyaa, saya sedikit memaksa,
tapi jika si dia tak mahu dan tak mengapa,
ermm, kata si dia, si dia cuma 
tak mahu saya 
terasa 

tak mahu saya tacing kerana 
saat itu si dia saket,

si dia memilih untuk tak menceritakan 
si dia memilih untuk menyimpan,

si dia mahu menyimpan,
rela menelan,
daripada saket kehilangan saya.

ermmm, buntu?
yaaa, saya buntu,
penat memikirkan adakah 
menjadi kesalahan jika si dia
meluahkan segala kesakitan si dia ketika bersama saya.

saya tak mahu cuma bergembira bersama
saya mahu bersedih bersama
saya mahu berkongsi bersama
saya mahu si dia saya
yang tak perlu terlalu menjaga hati,

ermm, iyaa, saya mungkin akan terasa,
saya mungkin akan tersentuh,
saya mungkin akan tacing,

tapi percayalah,
saya bukan tacing sampai seminggu dua,
saya bukan hilang lebih dari sehari,
tak pernah lebih sepuluh jam pon,
saya pasti mencari si dia,

cumel? yaa, si dia lebih cumel dari saya

manja? haha, yaa, si dia juga sangat manja :)
saya bukan simpan sesuatu yang menyakitkan di sini selamanya.

percayalah, hingga saat ini,
saya maseh sangat sayangkannya,
entri ini bukan untuk berjauh hati dengan anda ya?
entri ini berkaitan satu penyesalan tentang saya.




terima kaseh sayang,
sunggoh, terima kaseh,
saya mahu menjadi kekaseh terbaik.
bawa saya ke situ,
bimbing saya ke jalan itu.


jom sengihnyebik samasama

Wednesday, January 12

hahaha, best tak? best ja, gedik tak? gedik jaa :)

hahah, suka nih,
sukaa..

awat suka? suka sebab dah balek ipoh,
dah jumpa kawan kawan,
dah start kelas baru,
dah start lecture baru,
jumpa lecturer yang muda muda,
fresshhh lagi okey..
hoho, yang paling best,
jumpa incek kekaseh,
nah kau,
yang tuh yang paling best,
sunggoh ka best?
sunggoh aishh, yang tuh paling paling best.

hermm, diet?
still keep on,
dah masuk nih hampir cukup tiga hari 
sebarang karbohidrat pon tak menjengah dalam perut
lagi nih, sedap tak?
sedap laa, idop tayah berak..tettttt~

tak senonoh sikit kat situ,
tapi itu faktanya okey!
semua orang pon berak,
semua orang pon ada sistem perkumuhan,
so, tayah nak bajet bajet macam anda 
tadak taek na?
baekk.

haaa, lagi satu mau share sedikit laa,
masuk masuk ja kelas satu minggu nih,
saya ada sorang lecturer nih,
miss sham namanya,
between sh or sy saya tak pasti,

ermm, dia ada sentuh sedikit pasai
no gedik gedik,
dia tak suka,
rimas katanya,
and pleasee no pink in slide yang nak present kat dia.

okey, still fine.

ermm, maybe orang orang macam miss ialah 
antara golongan orang orang yang
tak berapa gemar jadi pompuan
yang sedikit girlish

then its okey, sebab?
sebab semua orang tak sama kan?
 yaa, bab gedik and pinkish tuh 
okey laa, dia tak suka kan, okey saya paham
cuma saya tak berapa berkenan
dekat sedikit statement dia yang gedik gedik tuh

bagi saya laa, 
dia sebagai lecturer, patutnya tayah nak susah ati
student nak act bit gedik or not
kes?
asalkan student tuh ada brain 
dalam kelas tak menggedik,
tadak hegeh hegeh time tengah belajar
then, dia nak gedik ka nak apa pon dia punya suka la kan?
better dari yang keras macam kayu,
serius terhangguk hangguk
tapi tanya apa pon tatau.

gedik sepatutnya buleh,
just biaq bertempat,
ermm, opinion saya la kan?
kes? saya tak berapa nak suka pompuan 
yang bajet macam mature
bajet macam ganas
bajet macam best, gagah,
cekal, bajet ja laa,
sebab setahu saya ,
dah nama pon pompuan kan?
naluri tuh sama,


nak jugak orang amek kisah,
nak jugak jadi perhatian,
nak jugak solek cantek cantek,
nak jugak orang puji dia cantek,
nak jugak manja tuh ada,
nak jugak kaseh sayang,
and mostly nak jugak kekaseh
yang penyayang,
yang leh jaga, leh amek kesah
leh caring caring.
sapa yang tamau? try tengok bagitau saya,
siapa? kau? kau?
hehh, nak jugak kan?

dan saya rasa miss tuh pon nak, 
cuma malu jaa,
terselit celah ati dia kita tau ka?
tatau kan?
*rasa rasa saya laa..

ermm, tapi still salute miss tuh, serius,
dia nampak konfiden, sempoi, dia tahu apa yang dia nak,
itu saya salute,

appearance dia yang begitu tak membataskan 
apa yang dia nak buat,
yess, miss tuh best,
sunggoh sempoi,
dan subjek tuh rasanya saya dah pernah ambil masa form six dulu.

kena cari balik bulu perniagaan
bab promosi, dengan perletakkan harga kalau tak silap.

erghhhhh~



sebab apa saya bersunggoh sangat?
sebab saya ngaku 
ada masanya saya gedik jugak,
tapi macam saya cakap,
yang gedik tak tentu hala,
tuh gedik without brain!
hahah, ada saya kesah?
gedik pon best jugak,
hidup biaq ada kaler gurllz!


jom sengihnyebik samasama

Sunday, January 9

sains kesihatan punya kolej

tudiaa, arini dah sembilan haribulan satu dah kan?
gilaa, cepatnya masaa,
sedaq x sedaq tinggai gi setaun ja nak abehkan studi nih,
dulu time mula mula masok dulu terasa macam lamanya tiga tahun tuh,

dok pejam celik pejam celik,
nahhh, kalau congak congak, tak sampai setaun pon g,
ermm, suka? gila tak sukaa, 
lepas nih dok budget budget macam nak keja terus,
haa, cita cita tuh toksah dok cakap aa,
tinggi no alyaa?
sakan.

haha, tapi sunggoh aishh,
dulu langsung tak terpikiaq tau nak amek medical nih,
ha laa, masa mula mula dulu, saya amek sekolah agama,
pastuh saya amek teknikal,
kemudian saya amek business , akaun dengan geografi,
mana ada terselit pon biologi ka ,
fizik , kimia, iklim, perniagaan, saham, keuntungan, inersia,
tuh ja saya belajaq.

ermm, kalau sebut ja kesihatan,
nahh, dok nampak cuma doktor, nurse,
ubat, cucuk, jarum, darah!


errkk, yeuuww~
tuh jaa, ermm mana mau,
kena pulak patient tuh berak kencing muntah,
gila, lagi la serabut.

tapi bila pikiaq balik, masa mula mula 
nak register dulu,
macam mana ayah beriya iya soh saya p dengaq ceramah 
tuh dulu,
p interview tuh dulu,
and harapan ayah masa dok melawak melawak 
otw nak p penang tuh,
ermm, tuh yang wat ati makin terbuka nak terima,
tapi dengan syarat, bukan nursing!!

yang tuh saya tamau.

tau tak ayah cakap apa time melawak melawak tuh,
ayah cakap senang nanti kalau dia saket
kalau dia dah tak larat nanti 
ada jugak anak dia yang tau serba sikit bab bab nak jaga dia,
ada jugak anak dia yang buleh paham doc nak cakap apa nanti..

huisshh, dalam dok melawak ja ayah bagi ayat tuh,
senyap kami satu keta,
ermm, nak ja cakap balik time tuh,
ehh, tayah tunggu masuk kolej kesihatan pon
kami dah buleh jaga la ayah..

abeh? napa tak cakap?
hahha, malu, takot ayah terharu,
humm, t dah jadi sayu lak nak drive kan?
hahahha, okey , karot.

ermm, sedaq tak sedaq dah nak abeh ja pon kan?
alhamdullillah,
dalam tak berapa mau tuh,
setiap sem, result saya menten,
paling rendah 3.4 rasanya,
alhamdulillah.

iyaa, saya dah tua,
sunggoh saya baru percaya,
mau berubah?
owhh, nafsu ke arah itu ada,
cuma mampu dengan tak saja,
tamau cakap mau berubah atau tidak lagi,
nanti tak berubah payah pulak kan?

jadi, azam saya yang berkoyan koyan tuh,
biaq saya ja simpan,
biaq wishlist tuh
still ronda ronda dalam otak permikiran saya. 

ermm, start tadi nak bagitau tuh saja,
saya mau balik ipoh dah,
hahaha, rasa rugi lak nak type panjang panjang,
haah? sebab apa?

sebabnya pagi pagi tadi mama sudah kejut,
ehh, bukan bukan, saya bangun sendiri, ngehhh~

haa, saya bangun salam salam,
cium pipi kiri,cium pipi kanan,
paling sedih nak tinggai lala la,
selalu saya pi tunggu dia kat tadika dia,

ermm, tapi tak pa,
saya tau adek saya pandai,
sebab dengan dia ja pon yang kami speaking london,

bukan dia tak cakap melayu,
tapi vocab dia lagi banyak bahasa omputeh dari bahasa melayu,
kes? pengaruh kartun laa,
kat astro tuh banyak kartun,
tapi dia tengok kartun bukan semata mata nganga kat kartun tuh ja,
dia pilih untuk tak tukaq language,
pilih english compare to malay,
katanya tak paham kartun tuh cakap melayu,
sebab bagi dia kartun tu dari overseas,
so, kenapa kartun tuh perlu cakap melayu,
kalau dia nampak kat info tu ada perkataan mickeymouse clubhouse,
maka hentikanlah impian nak remote tv okey
handy manny pon cita best jugak
cita nih saya tak berapa paham pon, layan jaa..

yang nih pororo, tak bercakap apapa kot, x pasan lak..
yang nih wordworld, kartun nih semua ada spelling kat body deme.. 
artzooka, ajaq budak camna nak create benda benda sweet.. 
tah la kartun nih sebab apa lala suka..


hahah, budak budak, saya suka adek saya, saya sayang dia.

ermm, sekarang saya mahu sambung pejam mata semula,
hoho, selimut nih tebal,
katil nih tilamnya empuk,
tebal, nyaman,
kipas tuh saya pasang empat,
hahah, lampu?
lampu tayah pasang laa.


sedap nih kalau saya tido sat.
satgi dah nak masak dulu pulekk,
mau tau aa menu apa,
haha, ikan kerapu wat steam ,
udang besaq besaq yang mama
beli tuh, saya nak wat masak sos plum,
nahhh, lapaqqq!

hahah, babai you all.
ngehh, gedik.




tak sabaq jugak mau balik ipoh sebebnarnya,
mau jumpa incek kekaseh,
mau amek bau yang dah lama saya tak cium tuh,
rindunyaaaaaaaaaaaaa.....
heheh :)

jom sengihnyebik samasama