Friday, December 30

cerita kosong di tengah hari.

okey, aku bukan nak shoot sapasapa.. aku cuma terpikir tengah kalut kalut wat assignment semalam.. tah la kenapa, aku punya kepala pusing pusing pusing..

apa sebenaqnya kita, as a woman nak?

WANITA.

okey , bagi aku la kan.. wanita nih nak kaseh sayang, kerjaya, dan jugak duit.

betui la kan, sapa yang tak mau semua tuh. kaseh sayang tu untuk kebahagiaan kehidupan kita jugak, kerjaya untuk menjamin masa depan, dan duit untuk kejayaan kehidupan sosial.

perlu, semua tuh perlu. tapi perlukah kita dapatkan semua tu dengan cara yang tak sepatutnya. tak aku tak jeles. aku buat entri nih untuk aku berfikir sendiri.

betoi, kita semua cukup perlukan yang hal tiga tu..cinta, kaseh sayang tuh leh ka kita tukar ganti dengan wang? materialistiknya kau.

aku tengok, orang dulu dulu, elok ja kerja, kawin and bahagia dengan hidup. semua tuh own sendiri. nak hidup senang. usaha.

****************************************************************************

ambil contoh, parent aku sendiri la kan.. mama dengan ayah pon bercinta jugak. bercinta time depa sama sama study dulu jugak. mama asalnya dari johor dan ayah masa tuh kat kedah.

ayah study kat johor and jumpa mama time orientasi. okey? nampak jalan ceritanya kan? as time goes by. depa kawen and still till now, mama and ayah still in love with each other. hal kecik kecik bertengkar sikit sikit tuh lumrah la kan. tapi still, depa together.

sepanjang aku hidup, tak pernah lagi depa bergaduh sebab kau ada orang lain, aku tangkap feel kat orang lain. ayah still ajak mama kalau nak ke mana mana. mama still bangun tengah malam kalau tiba tiba ayah pening or hypo.

tengok? see? ada ka macam kita sekarang nih? gaduh sikit, masam muka sikit dah tangkap feeling kat orang lain. cinta yang berubah or masa yang dah berubah?

nak cakap pasai perangai masing masing yang wat semua tuh jadi, aku rasa nope. tak semestinya. kau kenai dia, and dia kenai kau. it supposed to be no problem.

itu la cinta, kau terima dia punya kurang, kau tunggu dia bila kau bagi masa, kau ubah dia kalau kau rasa dia perlu berubah ke arah yang lebih baik, dan kau bercerita apa yang kau patut bincang kan dengan dia. tapi kau jangan jadi bodoh.

1. terima kekurangan pasangan.


ya laa, kau ingat kau tu perfect? abeh, kau nampak dia punya kurang ja.. kau punya kurang? kau ada kesah?
haaa, kau amek kesempatan dok tangkap feelingceritasedih lak kat orang baru. kau bajet macam kau dah abeh wat pengorbanan tak terbalas dah kat dia. padahai kau pon dua kali lima jugak. tamau tamau tamau..

2. susah senang bersama.


dah nama pun bercinta berkaseh sayang kan? kau susah kau senang la sama sama dengan dia..
 ni tak, kau susah sorang sorang, kau biaq dia senang tak berkuit sikit pon terlentang, tak pun kau senang sorang sorang sampai gigi pon kau celup emas nanti senang nak pi gadai, kau biaq dia hari hari garu kepala sampai botak tengah nak cari duit nak belanja kau makan domino's hari hari.. haaa, camana tuh?

jangan laa, masa kau ada kau share dengan dia, masa kau tadak dia share dengan kau.. kan fair and square. kadang kadang dia blanja kau, kadang kadang kau blanja dia, ikot kemampuan masing masing la kan.. lain la kalau kau pandai cekop ikan besoooo punya.. itu ikot suka kau laa..

3. ego kau kah, ego aku kah?


haa, bab ego nih payah la nak cita, aku sendiri pun punya ego yang sangat besar jika salah tu bukan di pihak aku, tapi kalau kena caranya, ego aku buleh jadi sekecik kecik ego tau? kau jangan tak tau..

apa kau tauu? aku tau kau sapa, sebab tu kau tau.. hahah. ego tamau besaq sangat, ego tuh bawak mudarat. kalau kau rasa partner kau tengah tanggung ego nala berat tak sanggah dah, kau jangan tambah dengan ego kau pulak.
kau ego, dia ego, sama sama dok dukung ego berat nala tuh lama lama dua dua pon terlentang la. sapa nak tolong sapa?


senang, kalau kau nak, then kau cakap kau nak.. kalau kau tak nak, taleh nak carry on, then kau lepaskan ja.. kalau kau rasa kau maseh mampu bertahan, kau bawak hubungan tuh lagi, tapi kalau kau rasa kau stay untuk terus melukakan hati dia, baik kau berhenti. yaa , aku menulis mengikut pengalaman aku sendiri. 

mana tau, bila kau pergi jauh dari dia, dia mungkin mampu berjumpa dengan somebody yang sesuai dengan dia. iyaa, kita tak da keserasian lagi. itu sama ada kau terlalu baik, atau dia yang tak pandai hargai kau kan?

* sebenarnya, yang baik untuk tetap untuk yang terbaik dan begitulah sebaliknya. kau pilih kau nak letak posisi kau di mana antara dua situasi itu.

aku suka dengan cara mama dengan ayah aku, kalau ada terselisih paham, sorang beleter *of coz mama and sorang lagi cuma diam. diam saja, rilex saja. lama lama yang sorang tu akan diam, and cool. tah laa. aku suka. sebab bagi aku, marah marah jugak, sayang tuh still ada, kat dalammmm, sebab tuh jadi marah sangat sebab expectation tu tinggi.

cukup la dulu takat tuh, aku pun malas nak type banyak banyak sebab takut, kadang kadang kita sendiri tatau apa nak jadi nanti nanti kan? cuma aku terpikir.. aku terfikir sendiri.

aku terpikir apa mungkin aku, satu hari nanti dapat lelaki sebaik ayah, atau aku akan di tinggalkan untuk perempuan lain macam isteri isteri yang di madukan? atau lebih teruk di ceraikan?

moga andai aku dan dia terbaca lagi entri ni, satu hari nanti, yang bila aku pon x pasti, aku harap ada sesuatu yang baik dapat di ambil dari sini.


jom sengihnyebik samasama

Monday, December 26

hai awak

sehari lagi, dah bertambah sehari lagi.. tau tak kenapa? sehari lagi dah aku dengan kau maju ke depan.. aku? aku still hepi and sayang kau macam hari first kita feeling feeling.. lebih lagi tau x? lebih banyak..
tah la kenapa, tapi aku bersyukur sebab setiap kali before tido, aku akan ingat kat kau, and setiap kali selepas bangun tido, aku x pernah lupa kau..

dan yang best sangat tu, KAU. kau langsung tak lupa aku, macam kau buat dulu dulu.. setahun lapan bulan kita bersama, aku mengaku, kadang kadang mandi, makan aku lupa kat kau, tapi kau? yang tu aku salute.



haa, uduh piang tak? tu la antara picture terawal kami.. haaa, abaq hg.. aku kuruih lagi tau tak? HAHA
time nih kat KELLIE'S CASTLE.. macam tak percaya ja ada subang kat telinga aku. 

p/s 1 : iloveyou!



ni pulak masa dekat event sureheboh kot, kat stadium, time nih awak mai dari kampung kan? time cuti kan?semata mata nak bawak owg ke situ.. ha'ahh, owg bawak kawan kawan owg, ehhh, merangkap kawan kawan awak jugak okay.. sweet sangat, sebab time nih pon awak dah tau yang owg tak suka tempat yang banyak manusia manusia and sesak sesak.. awak ajak owg masuk kereta and awak on aircond kuatkuat.. then kita pon camwhore la bersamasama kan? yeahhh..

p/s 2 : iloveyou!



nih pic awak dah start tembam.. hahah, nih time kita tengook movie kat parade.. rasanya kalau tak silap owg kita tengok cita nora danish tu kot kan? time nih kita naik moto lagi.. sweet lagi.. awak tengok jerawat kat pipi owg tuh.. awak tengok.. haaa, namapak tak betapa gatainya owg time nih.. :p

p/s 3 : iloveyou!


haaa, pic nih pulak time kita dok wat rehearsal nak amik dean list kat hall.. haaa, time tu kita amek untuk dua sem yang kita dapat dean list kan? alhamdulillah, sampai sekarang even kita bercinta bagai nak rak pon, study tetap priority kan? alhamdulillah.. :)

p/s 4 : iloveyou!


nih pic kita kat gunung lang.. tempat feveret awak.. ermm sori la saya cuma ada copy untuk yang dah di edit saja, ingat tak dulu picture saya dalam pendrive tu dah ilang?? awak ingat x? haaa, sori okey.. tapi saya buleh simpan yang nih ja lagi.. laptop awak plak saya dah rosakkan.. soriii.. :(

p/s 5 : iloveyou!


ni pulak picture bracelet yang awak belikan untuk saya.. kecin3 bunyi dia.. tapi awak tengok laa.. pompuan macam saya nih rasanya tak layak pakai benda benda cute macam tuh.. dah la luka luka bagai.. siap putus lagi gelang tu tiga pat kali.. hhehe.. loceng tu pulak dah kemek kemek bagai.. saya nak simpan tamau pakai.. awak x bagi.. errr..

p/s 6: iloveyou!


see? saya dah cakap, banyak picture kita yang kat gunung lang.. godek godek pon pic kat gunung lang lahi.. time niih kita makan cornetto.. haaa, lagi satu yang saya tau pasai awak is awak suka sangat dengan icecream.. suka sangat.. :)

p/s 7 : iloveyou!!


okeyy, time nih kita kat pizza yang area jj tuh.. awak ingat tak? ni la first time saya masuk pizzahut dengan awak.. betoii? haaa, okeyy, kita mai sini untuk anniversary monthly kita laa.. heheh, makan sampai jadi pacat.

p/s 8: iloveyou!


haaa, time nih first time on the way nak pi umah awak kat kampung kan.. pi umah hana, pi umah yana.. pi umah anak sedara kak ira.. haaa, jangan ingat kami pakat na nak pakai baju nih.. tak sengaja tersama..

p/s 9: iloveyou!


ni plak time kita pakai cincin sama sama kat yasmin.. haaa.. macam tak percaya, biaq berapa pon boipren owg before nih, biaq macamna pon life owg before nih, tapi dengan awak.. yang paling sweet skali..
awak bukan ada time awak suka ja.. time awak tak suka awak tadak.. awak bukan ada time awak need owg ja, tapi time owg need awak jugak.. awak bukan ada time kita happy happy ja.. time kita moody moody pon ada..

p/s 10: iloveyou!

biaq apa pon kata manusia.. sayang saya tetap kat awak.. biaq apa pon kata manusia.. moga kita kuat, moga taufan tak mudah rebahkan kita. 

bercinta, dah lumrah pon bercinta.. siapa tamau sampai ke ujung nyawa dengan orang yang kita cinta?kalau tanya aku, nak ka tak, mesti la hati aku jawab nak.. tapi, kita siapa nak tentukan ending cerita cinta kita dengan siapa.. dah terlanjur bercinta, bercinta ja dengan yang dah di pilih hati.. cukup satu,  sebab hati kita satu.. jangan tamak. jangan bongkak. dunia ada karma.

aku tak salahkan takdir, kalau satu hari nanti kita tak di takdirkan bersama.. cukup. takpa. jodoh sampai titiknya. salah siapa? bukan salah sesiapa. except terang lagi bersuluh memang ada orang ketiga. salah dia ka? tak, bukan salah dia, salah tu amek sorang sikit.

bak kata lelaki lelaki yang suka cari orang ke tiga nih, reasonnya bini tak pandai jaga suami, awek  tak pandai amek hati boipren.. nah senang ja.. cerai la , putus la.. buat cara betoi betoi, nih tak. lagi mau selingkuh. syok kot no..uitt, melencong jauh dah nih. bukan apa, time bercinta bagai nak rak ni la kena pupuk siap siap. jangan sampai dah kawen pon sok sok dok macam tu jugak. tamau tamau tamau.

nih peringatan untuk kita, untuk aku, untuk kau. 

happy one and eight month-niversary sayang!! 

p/s : bukan salahkan takdir andai jodohku satu hari nanti
 dengan yang sudah dipunya dan mempunya. 
cuma jika aku di letakkan di posisi yang di ambil, 
aku rasa biar aku di tinggalkan, 
dari membiarkan yang diambil dan yang mengambil 
menanggung apa yang tak sepatutnya di tanggung.
waallahualam.




jom sengihnyebik samasama

Sunday, December 25

nak ka tak nak

ya, entri ni tak panjang, just lepak lepak depan tv tengok melodi, sambil tangan godek godek google nih,
jumpa satu blog yang menceritakan pasai berubah, woww, topik berat tapi sebenaq nya tak susah nak buat..

aku? apa kena mengena dengan berubah? yaa, bukan nak kata apa laa, aku sendiri pon banyak cacat cela, banyak compang camping, tapi satu yang aku nak buat sekarang nih, aku nak berubah sikit sikit.. tah la kenapa.. pagi nih aku berat sangat nak berubah..

berubah tentang hal yang satu nih dah banyak kali sangat aku nak buat.. aku dulu pon bukanlah tak pernah ada pengalaman langsung untuk ke arah nih.. cuma point to start tu tak jumpa.. bila aku pikir nak berubah ke sini, aku pikir pulak tak apa ka? aku itu, aku ini.. buleh ka? aku macam tu , aku macam ni..

nahh, bila aku baca artikel tuh, aku tiba tiba semangat, kauu.. haaa, jangan tak tatau, sekarang nih pon aku tengah tunggu samabl udang petai aku masak.. kau tengok... terpikir pikir lagi tuh, terus aku nak menaip masuk sini.. 

so that, aku lebih bersemangat.. yeahhh! aku tau, aku nih keras hati.. aku nak, then aku nak, aku tamau then kau tayah la susah susah hatii nak paksa aku.. bak kata sir soman, intuition aku kuat sangat, kata hati aku kuat sangat .. so, aku rasa, hati aku tuh aku boleh bawak..

jadi, sempena hari esok, rasanya, aku dah nak start dulu.. aku nak start dari mula mula..aku tengok blog Maria Elena pon cmtu, dia ada cakap.. yang ignore ja apa masyarakat akan kata masa kita mula mula nak berubah tuh.. yess!

semangat nih, tak pa tak pa.. kita tengok okey? 

jom sengihnyebik samasama

Saturday, December 24

antara kau dan aku

nahh, arini mood nak bercakap tu kurang dari mood nak menulis.. yaaa, tolong jangan salahkan aku, tolong salahkan hormon aku.

tah kenapa, tiba tiba aku rasa nak tulis pasai beza laki dengan perempuan.

aku ulang yaa,  tah kenapa.

okey, meh aku konklusikan. setakat yang aku rasa aku kenai makhluk tuhan yang bernama lelaki nih. aku leh nampak benda nih.

1. perempuan nih kuat emosi, lelaki nih cool jaa.

haa, aku conclude nih dari pengalaman aku sendiri, laki yang cool selalunya kalau tengah da krisis dengan girlfriend dia, dia akan senyap. bukan tamau selesaikan masalah, tapi tamau panjangkan masalah. tapi kau, kalau dia dah angin, kau cakap la macam mana pon , kau jangan arap nak buleh slow talk dengan dia lagi.

perempuan, seboleh bolehnya, time time tu jugak nak selesaikan, seboleh bolehnya, biaq abeh time time tuh jugak, kalau leh time time tu jugak la nak explaination, padahal time time tuh kau dah pon jatuhkan hukuman kat dia. bajet macam kau nak tau ja kan apa alasan dia benda tu jadi benda nih happen. meracau racau, meroyan royan, and melalut lalut sampai nanges nanges and tertidoq.

huishh, aku tak tipu tau?

2. perempuan kuat merajuk, lelaki mati akal nak pujuk

yaaa, part nih aku tau, kau memang tengah senyum kan.. haaa, aku tau.. ermm, tapi nak pujuk perempuan nih bukan susah pon.. kau kenai kan girlfriend kau camna, apa yang kau patut buat bila dia tacing, apa kau patut buat bila dia angin, so, apa susah? kau follow ja laa..

perempuan nih tak merajuk la kalau tadak sebab, takkan tiba tiba nak merajuk, mesti ada sebab, ada yang wat perempuan tuh terasa. solusinya, senang aja..

kau say sorry, and kau tanya, apa punca dia merajuk, motif? nak bagi dia rasa kau kesah. and kalau dia stay dengan jawapan tadak papa, kau pikir apa ayat kau yang last, paling tak pon lima minit sebelum dia terasa and merajuk. point tu ada kat situ.

yang nih pon aku tau.. hehehe.. :)

3 . kenapa kau dengan aku

perempuan, biaq sekasaq mana pon dia, sekeras mana pon dia, hati perempuan still hati perempuan, nak di belai, nak di sayang, kau cakap elok elok, kau bagi dia paham satu satu, maybe girlfriend kau tu lembab sikit, kau jangan marah dia, kau kena ingat tulang rusuk tuh bengkok, kalau kau paksa paksa mau patah..

lelaki dengan perempuan dipasangkan untuk saling melengkapi, okayy. supaya yang kusut dapat dirungkaikan, yang serabut dapat di jelaskan,  supaya yang keruh dapat di jernihkan.


p/s 1: syukur alhamdulillah, dah bertambah lagi usia relationship kita
p/s 2: syukur alhamdulillah lagi, taufan tuh tak pernah robohkan kita
p/s 3: moga panjang jodoh kita, moga hati kita tak berubah, tapi kita kena redha dan pasrah, kerana takdir itu lebih indah..

jom sengihnyebik samasama

dalam samar ada sinarnya.

yaaa, lama sangat dah aku tak update blog.. mood  menulis tu tak ada.. mood tu kena cari..
nak cerita apa? nak cerita banyak sangat benda benda yang jadi kat aku recently.

1. aku sakit lagi

ha'ahh, bosan jadi alya. yaa, tah la silap katna.. tapi aku rasa puncanya msti la sebab aku slalu malas nak pi toilet bila rasa nak terkencing.. opss..

last last dh aku kencing berdarah bagai.. pi farmasi awalnyaa sebab dok bajet kencing kotor.. tanya kawan itu, tanya kawan ini.. amek ubat itu amek ubat ini.. last2 aku pinjam keta ila aku ke hospital jugak.. motif? tak tahan sangat..

pinggang , perut, kencing, makan minum, semua dalam terseksa.. syukur, ada incek boipren.. dia yang usung aku ke hulu ke hilir.. dari farmasi di silibin, ke farmasi kat klebang.. dari farmasi kami tukaq pi klinik greentown.. dari klinik pi hospital.. huioshhh..

ini sakit bukan tipu tipu, ini sakit sangat sangat..

bayangkan, tiap2 kali aku kencing aku nanges.. nanges sorang sorang dalam toilet tuh.. haa, time tuh terasa sangat aku nih kerdil gila, time sakit baru teringat tuhan.. sakitt, sakitt.. uishh.. T____T

bila aku duduk lama ja pinggang nih sakittt, bila aku siap mandi ja, sakitttt, tau la permai ini ayaq dia sejuk gila mappp.. tiap2 kali mandi, nahhh, memang aku terbaring la sat..

tapi, dalam sakit sakit aku nih, aku salute satu laa.. incek kekaseh aku slalu ada dengan aku, even aku kol dia, aku sakit time pukul 1.30 pagi pon dia still mai kat aku.. bawak minyak panas..

tunggu aku tido kat depan pintu tuh.. yg aku sedap-sedap dok kat toto empuk tak empuk sangat laa, siap berselimut lagi depan tivi ni.. padahal, hujan kot kat sini petang petang.. dia still tunggu sampai pagi.. and aku x sedaq pukoi bapa dia balik.. yang aku tau aku terjaga, pintu dah dia tekan padlock.. ermm, aku buleh terjaga pasai sejuk, dia? wallahualam.. last-last pagi sok aku pon terlewat bangun..  dok sayu dan pilu sowang2.. :) kesah plak aku kan..

2. praktikal dan evaluasinya

ermm, nak cakap praktikal kat sini tak best, tak la jugak.. yupp, kerja memang tak banyak.. tapi sekali dia bagi kerja, haaahhh, menjawab la jugak kau..

aku awalnya dok bajet masuk grup sir vijay, yaa, jangan lupa, kami kat sini ada 19- 20 macam tuh.. sir or manager yang akan handle kami ada tiga saja, satu manager ja akan amek lebih dari lima.. awalnya, aku , incek kekaseh dgn lagi 2 3 orang ingat nk masuk grup tu laaa, sekali bila dia suruh introduce diri.. dia sendiri yang pilih..

katanya yang dia pilih tuh yang dia nak polish.. katanyaaa.. so, tercampak la aku dengan incek kekaseh ke grup mr soman, bak kata kama, grup sir soman nih banyak kena keluaq buat survey.. nah kauu, jenoh la ku..
haha, tapi, takdir tuhan tuh indahh..

grup sir vijay yang sibuk sekali, grup sir vijay yang paling banyak kena kuaq survey.. okey laa, aku okey ja sebab aku kena stay office jaa.. type type surat and create blog saja..

tapi, kalau nak compare rasanya grup sir soman yang best skali.. kerja on and off.. tapi still tak duduk nganga.. last day tuh sir ada treat kami makan domino's lagi.. iya laaa, bawah tuh domino's yang paling dekat.. dia ada tanya, nak pizza ka, apa kaa.. kami pilih domino's..  ambik kau, 5 bijik dia beli.. bayangkan kami cuma 10 orang tau tak.. haaa, sampai muak laa..

kalau nak ikut perancangan kami sendiri - yaa, aku dan incek kekaseh.. aku dengan dia awalnya nak grup yang senang kerja.. sir vijay dekat ofis, sir rao senang dapat a.. tapi takdir dah campakkan aku denagn dia ke grup sir soman..

sir vijay = sibuk + kuaq survey + banyak kerja
sir rao = langsung talehpa, i mean LANGSUNG.. ni bukan aku yang ckp, ahli grup tuh yang gtau okayy..
sir soman = kerja on off + tak duduk nganga saja + tak duduk bz sangat + kami dapat treat lagi dari sir

haruslah kau jeles kan.. :)

so, tu la yang aku nak cerita.. yang mana terlebih terkurang mintak maaf la yaa..



p/s 1: sekarang aku sakit lagi, nahh, period aku pulak yang lmbat
p/s 2: berubah sikit hormon pon lari.
p/s 3: buleh ka camtu biological clock oiiiii..

jom sengihnyebik samasama

Wednesday, November 23

begitulah ceritanya.

ermm, aku bangun time sejuk nih
demam dua hari,
rupanya demam bulan mengambang

pulakk
aku balik ipoh, bukan pi kuala lumpur\
aikk? macam itu ka?
yaa, terbalik.

sebab?
swap places dengan sowang kakak.
classmates

jadi?
stay ipoh saja
dengan kekaseh hati
okayy.

ada dua orang lagi di ipoh.
kawan saya
kekaseh saya.

apa macam?
tadak macam macam.

suka ka?
suka jugak
takot jugak
nervous jugak.



buleh tara tuh?


p/s : awalnya curious apa sebab dia suruh tukaq...

p/s 2 : rupanya sebab dia tamau aku kena angkat barang sorang2..
tamau aku terkontang kanting teringin tu ni sorang sorang..
 tamau aku penat2 kemas umah kat sana gi..

p/s 3 : aku ingat just sebab dia bosan dengan nasik lemak dia saja. HAHAH. maaf.



jom sengihnyebik samasama

Sunday, November 20

senyum bila baca yang ini



sila lafazkan satu satu, jangan cuma dalam hati.


Sayang betul dia kat aku.
Aku buat salah teruk, dia menangis satu malam.
Dan kemudian esok pagi, dia jumpa aku, dia tersenyum.
Kesalahan aku memang tak layak untuk terima senyuman itu.

Apakah memang ada manusia yang murni macam ni?

Dia nak marah, tapi dia nak ketawa.
Dia nak pukul, tapi dia nak ketawa lagi.
Dia nak tunjal kepala aku, tapi dia takut kepala aku sakit.
Dia nak lepaskan kemarahan dia, tapi dia takut aku terasa.
Dia nak merajuk, tapi dia nak berbual dengan aku.
Dia nak paling muka, tapi dia nak tengok muka aku.
Dia nak menangis, tapi dia tak nak bersedih masa tu.
Dia nak maafkan aku sebab dia nak terus sayang aku.





Dia kata aku bodoh, aku kata, memang.
Dia kata aku tak fikir, aku kata, tu lar pasal.
Dia kata aku tak guna otak, aku kata itu betul.
Dia kata aku bangang, aku kata paling bangang.
Dia kata aku jahat, aku kata takda niat.
Dia kata aku takut bila buat salah, aku kata takut gila.
Dia kata dah agak dah, aku kagum dengan firasat dia.


Dia dah tak tau nak kata apa, aku kata,
jangan kata apa, pukul je.
Dia dah tak nak pukul, aku kata maaf.
Dia tanya dah makan? Aku kata nak makan sama.
Dia kata jom.
Aku kata dalam hati..
"Tuhan, kalau betul dia jodoh, 
biar aku lawan untuk jodoh ini!"









terima kasih
jom sengihnyebik samasama

Sunday, November 13

kesian

kesian kan
terasa sangat kesian
bukan hina, ehh, bukan

tapi sedih tau
sedih bila dapat khabar
tau cerita yang sungguh tak berapa sedap

awak,
pikirlah
sampai bila nak macam tuh?
nak  jadi belon, nak jadi langsuyor bio lantak la kat meke

tapi jangan la smpai nyusahkan orang lain.
jangan sampai calas rezeki orang lain
jangan ikotkan sangat rasa kita tuh
sampai orang lain pun rasa tak selesa

tak paham
konfius
sedih

sedih sangat

kesian ja lebih
awat? dengki ka?
tolong leww..

getik aku nengoknyaa!






p/s : belajar dari silap masa lalu

p/s 2 : bukan ulang ulang ulang la bai, cakap nak nmpak sempurna

p/s 3: tolong okey, bila aku ada pon kau hegeh inikan pula aku dengan dia tadak, lagi kau hegeh yaa?



jom sengihnyebik samasama

Tuesday, November 1

no point






bgn pagi
owh sejuk
batu gajah lagi
untuk apa?
PMC la mestiii..

haha, terjaga jam dua.
dapat panggilan
senyum
semalam tido awai
perit tekak, perit

terjaga jam tujuh
dua pesanan dalam kotak
haaa, manes nih..
senyum sambil korek taek mata
terus wat panggilan.
yeahh..


RINDU!!


bebai semalam hilang
sayang harini bertambah

see, jauh bukan penghalang..
okay, tamau hiperbola

baru sehari
kau jangan nak over

hope biaq sampai nantinanti

****************************************

praktikal?
baek sahaja

tadak apa mau cerita
bosan

opsss.. bosan?

hahahaha,




YA.





p/s : tak perlu luar biasa, tak perlu superhero

p/s 2 : biar la cukup sempurna di mata aku, tak perlu  untuk mereka semua

p/s 3 : cinta untuk saling melengkapi, kalau ada kurang aku sila, tolong kau tambah.


jom sengihnyebik samasama

Thursday, October 27

ini rahsia

huii..
jangan marah
lama x update bukan tak teringat
cuma masa kurang
bizi sangat bizi.

okayy,
entri ini mungkin akan panjang.
izinkan saya ulang.
MUNGKIN 

sebab apa?
sebab saya tak pasti dengan mood saya.
baik.
teruskan.

entri ini berkaitan dengan kitarhidup
yaa, cinta fairy tale saya dah genap setahun setengah.

baru?
yaa, baru.
tapi hepinya? sedihnya?
sila kemut punggung 
rasa apa?
susah nak jawap kan?
hehe


okey,tibatiba rasa nak berterima kaseh
untuk makhluk tuhan yang tak pasti
maseh mampu baca or tidak blog nih.

yg pasti sudah bahagia gamaknya
yg dulu penah jadi somebody
yg dulu ada ja dlm hati ni
and paling teruja is yg dulu dia sendiri taktahu knp n mengapa sayang dia dh tak ada.

tapi tak pa, benda tu sekarang semua dh jadi tak apa.
kau paham tak TAKAPA
tu maksudnya apa?

"I AM TOTALLY FINE SIR.. "

haa, sila teruskan activity mengemut itu kembali.

okey, kepada dia :

"i wish i could say big TQ for u right now."
"i wish kita patut breakup lebih awal rasanya."
"ehhh, kenapala kita bercinta kan?"
"adoiii ruginya msa yg kita dh buang tuh kan?"

okay cukup.
tayah jadi lebih kejam.

haaa, rugi
sungguh
sangat buang masa

betoi.
kalau bercinta setakat untuk sakit mcm dulu
gaduh for nothing
call kejut pagi sampai abeh bateri
and tiba2 sayang tuh ilang for no reason.

nahhh, kecewa kot
kau paham tak situasi aku time tuh?
and now takpayah la kau nak
tunjukbaikkononbagus nak berkawan pulak kat muka buku

************************************************************

okay, back to normal.
haa, dua tiga hari lagi
dh nk jauh dgn incek kekaseh
yess..

batu gajah bukan dekat
batu gajah tu jauh.

sila kemut ponggong kembali.

ipoh dgn batu gajah jauh jauh jauh




tak macam klebang dengan permai
tak macam kedai cina dengan makcik lebaq
tak macam blok b dengan blok e


kejam.

nak pulak lepas tuh jauh lagi ke selangor

jauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuh
tak macam ipoh dengan batu gajah
tak macam changkat lada dengan tambun

*okay aloqstaq jauh lagi.

ermm,
sedih sayu ja hati
asal bercakap pasai nih
mata jadi kaboq.
tak, bukan sebab x pakai spek
tapi mata jadi penuh
berkacakaca
dahh,
meleleh dah.

ermm, abeh macamana?
idop mesti terus
jauh bukan pagaq
cinta tetap cinta
steady alya!!


sayang makin tambah
takut still ada
takut ada pompuan lain ka
bukan kot
takut ada laki lain ka
ishh dak kot
takut kena pisau tadak sapa bagi plaster ka
haha yg nih tamau sembang

abeh?
takut apa?

takut nak pi kedai
tak dengaq " jom pi dengan azam satgi"

takut nak pi tengok wayang
tak leh "jom kita wat deal jom"

takut teringen apapa
tak dengaq " jom kita pi cari jom"

takut nak jalanjalan
tak dak dah "jom la kita pi sekali"

takut sakit nak period
takdak sapa nak "iya sayang, takpa ja, dia nk period dh kan ni.."

takut nak makan
tak berdua tak da "makan dengan azam la sayang.."

takut nak tidoq
tak leh tidoq kalau tak dengaq "dah, azam dh landing dah.. jom pejam mata jom sayang.."

ermm, nak list semua kaa?
takpa kot
cukup
cukup
cukup

yang lain tuh
masingmasing dh ada dok dlam nih kn

hum, jadi la, sudah
tayah biaq saraf otak
kembangkuncup
cukup

ada jodoh nnt ada
ada rezeki nnt jumpa lagi.

p/s 1: i love you sayang
tq so much.

p/s 2: yang lain kta sembang nnt.
still love you.

p/s 3: i've told ya, starting back from abc is not as easy as korek idung sendiri
starting back from abc --- i hate it most. 

p/s 4: i love you ilove you i love you 
kurus-lemakpinggangdhhilang-tinggaisixpacksaja




jom sengihnyebik samasama

Thursday, August 25

sayang..

assalamualaikom, lama gila x update blogkan?
dah berminggu minggu..
banyak yang nak share,banyak yang nak cerita..

banyak sangat sangat yg ada dalam nih..
banyak gila gila..

ramadhan nih, maybe ramadhan terakhir ai dengan yu berbuka samasama dekat tangga tu kan?
ramadhan nih maybe ramadhan terakhir ai dengan yu pi terawih samasama kan?
ramadhan nih maybe ramadhan terakhir ai dengan yu cari baju raya samasama kan?
ramadhan nih maybe ramdahn terakhir ai masakkan untuk yu kan..?

lepas nih kita dah jauh, kita maybe x berpuasa and berbuka sekali kan?
ermmm, tadi kita berbuka sekali,
 and maybe tadi kali terakhir kita berbuka makan makan yg ai masak untuk yu..
 actually banyak sangat yang ai nak gtau dalam nih.. panjang sangat luahan ai malam nih..

yu tau x ai terasa sayu sangat bila baca fb message yg yu dh sent kt ai tu..
tQ sayang.. tQ sangat sebab yu langsung x pernah lupaapa yu janji dengan ai..
tQ sayang, sebab yu takpernah rasa x cukup selama yu dengan ai..
tQ sayang sebab sayang yu x pernah berkurang selama yu dengan ai dari mula dulu sampai la sekarang even ai tau kita ari ari mesti bergaduh pasai benda kecik yang ai besaq2 kan..

owhh syg.. sayang saya kat awak pun x pernah berkurang tau?
banyak lagi dari duluuu..
banyak lagi bertambah tambah tau dakkk..?:)

iloveyou





jom sengihnyebik samasama

Sunday, July 24

e-class

bercerita tentang masa lepas, manusia mana yang tak pernah wat salah dan silap tentang masa lepas.
salah tuh biasa.. kita manusia.. silap tuh mesti..

tapi satu yang kita selalu salah..
persepsi untuk mengakui salah itu, and effort untuk buang habit / penyebab kesalahan itu..

salah macam macam jenis salah, kita, yang pembuat salah tu,
please laaa... ubahhh!!

yu tamau orang baru / situasi baru tu buat yu nampak jahat, nampak yu hina,
nampak yu teruk, nampak yu liar,
then..?  berubahh.
bukan berubah untuk yang baru tu.. tapi berubah utk diri yu sendiri dulu.

"Subhanaka Allahumma wa bihamdika Allahumma Ighfirli. Innaka Antat-Tauwwabur Rahim" Yang bermaksud: "Maha suci Engkau (daripada sifat kekurangan), ya Allah Tuhanku, dan aku memuji Engkau wahai Tuhanku ampunilah (segala dosa)ku. Sesungguhnya Engkau Amat penerima taubat lagi Maha Penyayang."

berubah biaq beristiqamah..
bukan berubah dengan hati yang tak rela.. tak lama.
bukan nak mengata diri ni sempurna..
sekurangkurangnya tahu dulu letak diri kita sebenarnya di mana..

bukan lagi tunjukkan perkara yang yu sendiri nak hindarkan..
bukan tunjukkan betapa yu ranggi..
betapa yu hebat..
betapa yu kaki cucuk bulan..

bercerita benda yang tak perlu..
buat benda yang kita sendiri tahu hujung pangkal nak jadi apa..
untuk apa semua tuh..?

bila dh terexpose semua..? apa sudahnyaa..?
haaa, hentak pala kat dinding , potong urat nadi.. semua tuh..?
sudah sudah laaa...
itu semua makan diri sendirii..
sama sama la merasa sorang sikit..
kan?salah siapa.. still, itu salah kita.
sudah sudahlaaa.. usia kita makin bertambah..
biarlah mereka yang baru nak kenai dunia tuh merontaronta pagi petang siang malam
terkinjakinja..
kita..??

kita cukuplah dengan dunia yang lalu..
belajar dari kesilapan , kebodohan, kenaifan kita dulu..
hayat bukan semakin panjang untuk kita harungi..

Jauhilah perkara-perkara keji yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla. 

terimalah dengan hati yang terbuka..
salah tu salah kita..
kita yang buat kita kena terima.
bukan bersumpah berikrar atas nama daun bunga cinta..


ai manusia biasa, tamau melalut banyakbanyak tentang agama, ai jahil..
apa yang ai ada kita share samasama.







* sesunggunya ai pon manusia biasa.. tak lari dari itu semua..
bukan nak berlagak syurga,
tapi, samasama la kita jauhkan neraka. amin.



jom sengihnyebik samasama

Sunday, July 17

nahhh, kena kat sapaa? kena kat hang kena kat aku laaa, samasama kita berubah naa..♥

sekadar renungan bersama-sama..


Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ya nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Di dunia selamat, di akhirat pun selamat..





jom sengihnyebik samasama

blogwalking dan berkongsi ilmu :)

Tak patut aku mencintanya kerana kecantikannya. Mengapa ?

Mungkin satu hari nanti kecantikannya pudar dimamah usia atau dirampas oleh kemalangan jalanraya. Tak terkecuali kecelakaan di tempat kerja. Muka kena asid, cacat tangannya atau buta sebelah matanya. Kakinya tempang waktu berjalan, mengesot menyapu perjalanan. Masih buntu kenapa aku suka padanya.

Tak patut aku mencintainya kerana hartanya. Mengapa ?

Mungkin satu hari hartanya hilang secara tiba-tiba. Dia muflis secara tidak sengaja. Mesti lari ke hujung dunia, kalau boleh dah tannak tunjuk muka. Kata orang menyusahkan kita.

Tak patut aku mencintainya kerana daranya. Mengapa ?


Mungkin satu hari dia dirogol secara paksa atau daranya hilang secara tiba-tiba. Bodoh aku rasa kalau aku cinta dia kerana DARA.

Tak patut aku mencintainya kerana lawak jenakanya. Mengapa ?


Mungkin satu hari nanti dia menjadi muram tak seriang dulu. Mungkin dia dah tak boleh mengembirakan aku seperti dahulu. Mungkin juga aku akan bosan dan meninggalkan dia.

Tak patut aku mencintainya kerana tutur katanya. Mengapa ?


Mungkin sekarang sopan tutur katanya. Lembut senyumannya. Lama-kelamaan semakin pedas katanya. Sakit hati kita. Adakah aku dapat mencintainya lagi ?

Tak patut aku mencintainya kerana akhlaknya. Mengapa ?


Mungkin satu hari dia berubah. Ditunjukkan auratnya, terjejas peribadinya. Dahulu seorang muslimah sekarang bergelar minah. Masih buntu kenapa aku suka padanya.

TAPI..
Aku mencintainya bukan kerana apa yang ada padanya. Cukuplah aku mencintainya kerana Allah Subhanahuwataala. Mungkin cinta kerana Dia akan kekal selama-lamanya. Mungkin juga aku cinta kerana Dia menyebabkan aku dapat petunjuk dan hidayah daripadaNya. Bersama hingga ke Syurga, Kasih sayang yang tiada sempadannya. Huh, pendapat korang pulak ?








jom sengihnyebik samasama

Saturday, July 16

credit untuk adekku :')

“Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.
“Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak

jom sengihnyebik samasama

bitch ?? erkkkk.. what the heaven..



Do you believe in karma? 
Well, I do. And I hope one day this karma will get you back after all those fucked up things you've done to me. 




Karma's only a bitch if you are.


jom sengihnyebik samasama

rezeki, kalau memang untuk kita ia ada, kalau bukan, memang tetap bukan. :')

entri emosi? owh what..?? emosi setelah berkurun tah hapdet?
eermm, nak cita sikit and pendek jaa, tapi tah laa.
haaaii.. uolls nak baca then bcalaa..

tapi kalau takot terasa then tak apa..
ini blog saya, pandangan saya, personal opinion saya.

kadang kadang ai rasa kan, better kita kenai somebody tu scara luaran jaa..
bukan dalaman, bukan apaaaa..
bila kenai dalam dalam owhmygod,
tu yang tak bopa berkenan..luaq nmpak sucimurnibersinar
dalamannn? nahhh, berkarat, lari expectation ai..

haaa, itu secara generally okey, tamau cakap kat sapasapa,
ai okey ja sekarang, yu nak tunggang terbalik kaa,
ai tak kesah, tapi tu laa,
ai cuma tak gemor bila orang luaq nak ngata kat uolls, sebabnya..?
sebab burukburuk uolls uolls still wujud dlm life ai..

tah la haiihhh, kalau orang luaq pon buleh nmpak uolls pikir sendirila naa..
ai bukan apa.. ai dah okey, before nih ja ai susah sikit nak digest.
maybe hormone ai tak brapa nak stabil
jangan uolls plak yang nak terasa sorang sorang okey..

hahha, ai gelak sebab ati ai dah lega, blog ai untuk ai.
ai nak elakkan hipokrasi kat sini.



jom sengihnyebik samasama

Sunday, June 19

hurmmm, pulak dahh..

i will always be a shoulder that you can lean on..
come, share with me your hurt butt story like you always do before..



jom sengihnyebik samasama

Thursday, June 9

paham kot kan? ka nak explain lagi?

yess, another post,
okey ai nak cita sikit pasai benda yang ai tatau la nak explain or express kan macamana.
motip apa picture ini? owh ai suka color combination ni.
okey, let the story begin,
aritu ai masuk la kelas accounting kan, owh myyy,
uolls tau tak teruk ai kena bahan okey,
kesnya, member ai nih dah la kawen kan,
so, nak jadikan cerita, ai plak terduduk di belakang si member nih masa dalam kelas tuh, owhohoho.


memang kena la kan,
actually ai x kesah pun kalau miss nak berlawak, melawak, or terlawak.. serious.
cuma, ai tatau la apa yang miss nih pikir masa miss tanya ai soklan soklan tuh..
hummm, ai nak ja jawab, tapi ai rasa mybe nnt jadi x sopan, 
sebab kalau ai jawab time time tuh nnt ahakkk, uolls telan gigi.


lagi plak, ai tak suka la cakap bab KAWEN tuh depan public,
and actually, ai baru ja start bercakap pasai benda2 macam tuh dengan azam 
after weolls dah setaun lebih, itu pun time weolls still main main lagik, before nih , harus la x, okey.
bukan ai nak hipokrit, no, just wondering sumting, 
perlukah ai jawab soklan kawencintasuka tuh dalam klas yang open like that?
and ai sapa utk cakap ''yess ai nak kawen dengan dia miss..''
gulppp, tak sanggup.


bukan ai marah miss, bukann
bukan ai tak paham miss cuma mengusek, takk, ai paham, 
but then ai juz nk expresskan yang ai tak suka bila ai di paksa
utk sesuatu yang ai too personal utk ai share dengan orangorang yang diluarlingkungan


yess, macam yang before nih, ai penah story jugak pasai soklan cmni, yess, 
kalau kita tanya kat sapasapa pun yang tengah bercintakasehsayang 
''ehhehh, yu nak tak kawen dengan boifee yu.."
tobat la dalam ati dia ngangguk macam nak putuih pala, kan?
ai pon cmtu, sapa yang tamau kawen dengan pasangan yang dok melekat dalam ati kan?
gila ka hapa? tobat nak, takkan nak amek bangla tepi jalan ja tibatiba nak pi ajak nikah?
aishhh, miss miss.


ai nak share pasai marriage, pasai wedding pun ai segan dah, 
ai takot, takot nak put hope tinggi tinggi sebab ai percaya jodoh tu kat tangan TUHAN.
lagi plak, wedding and marriage tuh belum sampai kat ai punya pemikiran sekarang nih,
ai dah banyak pikir,
ai punya loan, ai punya famili, ai punya future, ai punya commitment to myself.
haaa, banyak kan?
soo, kalau banyak ai taleh ka bercinta? no laa, bukan tu maksud ai, 
ai nak bercinta sebab ai gatai, ehh, bukan bukan, sebab ai ada ati and perasaan,
ai manusia biasa, ai ada rasa nak bermanjaberkasehbercinta
ai nak berkahwen legally dengan sumbody yang ai sayang and cinta as the last part from our love story
ai nak tu semua, ai nak end upkan love story ai dengan dia, inshaallah dengan marriage,
ai nak, yu nak? harus la kan? alaaa, yu jgn tipu laa, bajed.



cuma satu, tinggi mana pun ai set, tinggi mana pun citacita ai, 
kalau yang di atas tuh tak tertulis ai dengan dia 
ai tetap bukan dengan dia kan?
ai tau yang tuh, ai paham sudah sekarang.
jadi ai serahkan pada takdir cerita cinta weolls.
kalau memang dah fated dia jodoh ai, ALHAMDULILLAH.


ai tamau bercakap "yess, nak kawen dengan dia, nak kawen dengan dia.."
''tapi sok sok, yess, dia dah kawen dengan org lain..'''
sanggup tak? huiii, tak sanggup.


betoi, jangan takot untuk terbang tinggi,
terbang tinggi nanti dapat duduk atas pelangi,
leh jumpa matahari and senyum kat dia, 
tapi kadang kadang pikirkan if tibatiba ujan turun lebatlebatlebat..
sayap dah basah, nak turun balik macamna? keadaan time tuh? menjunam terus tau? mahu? 
hohoi, mau patah tiga gusi..
kahwin berumah tangga nih bukan senang,
bukan setakat akad then kenuri and dah kira selamat.
yang berkahwin tapi bercerai pon ada,
yang dah berkahwin pastu skendel sana sini pun berlambak lambak.
yang dah berkahwen pastu nak kahwen lagi pon bersepah.
hoiii, bukan satu cerita saja, bukan nak syok saja bab kawen nih.
bukan takat nak sukasuki sekarang ja bila pikiaq balik elok elok,
nak bagi seronok sat sat tuh mudah saja, nak bagi seronok lama and sampai bilabila tu yang payah.. *kan azam kan?
ini bukan entri tak puas ati, ini entri pandangan ai sendiri. 


utk mereka mereka yg mendoakan kebahgiaan   
saya dan dia, terima kaseh saya ucapkan.

jom sengihnyebik samasama

uishhhh, betoi kaa? seronoknyaa ♥

okey, nak update pasai holiday aritu? owhh, nanti laa.
tapi kenapa? mood bukan untuk itu, cuma beberapa ari yang lalu,
ai dh masuk hostel balik, so, agak bz dan hectic,
yess, ai kan baru masok sem, owhhh, penin lagi..
ai belum biasa dengan jadual ai untuk sem ini.

tapi subjeknya best best, alhamdulillah la,
ai rasa not so bad macam last sem.
owhh, lecturers are damn good,
all those my feveret lecturer's from last semester teach me again.
yeaahhh, doesnt it sounds good?
and history may repeat hah? hohoh.

hahah :)




jom sengihnyebik samasama

Monday, May 30

monsters alive, warghhhh..

okey uolls, dah alang alang arini ai rajen la pulak kan nak update blog,
dari tadi asek bz ja, sat masak, sat babysit adek adek ai kan, 
tapi idea and nafsu nih x stop stop dok mencurah curah tauu,
nih sebenaqnya idea yang aritu,
memandangkan ai nih asek bz ja semedang maka entri nih pon asek ada dalam draft ja la kan..

okey, entri ni ada sebab incek kekaseh ai tu kan uolls, sukaaa sangat memancing tau,
sepanjang cuti nih asek memancing aja dia tau x..
ai nih dah penat tacingsentapbebai dah nih..si dia leh wat dunno ja tau kalau bab mancing..
haa, paling'paling power pun si dia balik awai ja tauu, yang lain tuh uolls jangan arap la kann..

so, ai nak update entri nih dengan harapan incek kekaseh ai tu 
x la pi mancing gi dah sebab takut dengan monstermonster nih..
*wahhh, harapan tuhh, tolong jangan pertikai kenapa


1. African Lungfish

tu dia, macam buruk ja rope dia kan? orang yang tak pernah tengok , mesti akan kata makhluk ini as a monster kan sebabnya ikan ni sangatttt menyeramkan.
tapi, meskipun rupa paras ikan nih tak la begitu sweet, binatang ni tak berbahaya. Ikan ini beradaptasi around its circle yang kurang oksigen aja, sebab tu ikan ini jarang nampak sangat.


2. Alligator Gar
makhluk sungai yang satu ni nampak macam paduan antara alligator dengan ikan. haiwan ini hidup di Amerika Utara and jarang memburu mangsa, namun menunggu mangsa yang lalu di depan mulutnya, kemudian ia akan terkam dengan kecepatan yang sangat luar biasa.



3. Bagarius Yarelli

Dikenal juga sebagai “Yeti dari sungai” pemakan daging. 
Ikan ini mempunyai gigi – gigi tajam dengan panjang mencapai 1 inci. , ikan yang habitatnya tersebar di beberapa negara di Asia ini dikatakan suka memakan daging manusia,


4. Vampire Piranha

Piranha Vampir merupakan kerabat dekat dari ikan piranha yang terkenal dari sungai Amazon. Ikan ini dinamakan vampirpiranha karena gigi taringnya yang mencapai 6 inci. Ikan piranha yang sulit diketahui ini hidup di sungai OrinocoVenezuela.



5. Chinese Paddle Fish

Ikan yang berasal dari China ini memang unik. Banyak orang yang mengatakan bahawa ikan ini adalah ikan dengan wajah terburuk di dunia. Meskipon mendapat gelaran sebagai Raja Sungai Yangtze, tapi ikan ini rasanya telah pun pupus okey.



6. Goliath Tigerfish

Mendengar namanya saja, kita sudah tahu yang makhluk ini bukan makhluk sebarangan. Dengan panjang mencapai 1,5 meter lebih dan gigi yang tajam, tentu banyak orang yang takut dengan kehadiran seram ikan ini.
Goliath Tigerfish merupakan varian terbesar dalam keluarga Tigerfish, dan merupakan predator yang hebat. Ikan ini terkenal akan kekuatan dan kecepatannya.



7. Mekong Giant Catfish

pasti sebagian besar dah mengetahui ikan yang satu ini.
 Ikan yang hampir mirip dengan hiu paus ni merupakan ikan air tawar terbesar yang pernah ditemukan dan berasal dari China. Ukuran terbesarnya lebih mendekati paus.


8. Pirarucu

Sekilas Pirarucu mirip sekali dengan ikan arwana yang terkenal di Indonesia,
 ikan ini pun memiliki kesamaan dengan ikan arwana, yaitu sama – sama suka melompat ke udara untuk berburu maupun menghirup udara.
Ikan ini sejatinya tidak berbahaya, namun jika merasa terancam,
 ia akan menggunakan kepalanya untuk senjata pertahanan diri.



9. Piraiba Catfish

Ikan yang panjangnya bisa mencapai 3 meter dengan berat 272 kg ini 
membuat takut sebagian besar pemancing. Ikan ini terkenal akan kekuatannya, 
bahkan ikan ini dikatakan mampu membuat seorang manusia tenggelam karena kekuatannya.


Well, ternyata sungai pun tidak kalah dengan lautan, banyak makhluk – makhluk unik hidup disini. 
Walaupun bentuk – fisik mereka terbilang unik dan pelik,
 tapi tidak bisa dipungkiri lagi jika bumi masih menyimpan banyak potensi 
yang belum ditemukan olah manusia - kredit 


hopefully, incek kekaseh ai tu baca and masa si dia membaca

ai mintak sangatsangat si dia takot-sampai-terkencing.

jom sengihnyebik samasama