Sunday, July 17

blogwalking dan berkongsi ilmu :)

Tak patut aku mencintanya kerana kecantikannya. Mengapa ?

Mungkin satu hari nanti kecantikannya pudar dimamah usia atau dirampas oleh kemalangan jalanraya. Tak terkecuali kecelakaan di tempat kerja. Muka kena asid, cacat tangannya atau buta sebelah matanya. Kakinya tempang waktu berjalan, mengesot menyapu perjalanan. Masih buntu kenapa aku suka padanya.

Tak patut aku mencintainya kerana hartanya. Mengapa ?

Mungkin satu hari hartanya hilang secara tiba-tiba. Dia muflis secara tidak sengaja. Mesti lari ke hujung dunia, kalau boleh dah tannak tunjuk muka. Kata orang menyusahkan kita.

Tak patut aku mencintainya kerana daranya. Mengapa ?


Mungkin satu hari dia dirogol secara paksa atau daranya hilang secara tiba-tiba. Bodoh aku rasa kalau aku cinta dia kerana DARA.

Tak patut aku mencintainya kerana lawak jenakanya. Mengapa ?


Mungkin satu hari nanti dia menjadi muram tak seriang dulu. Mungkin dia dah tak boleh mengembirakan aku seperti dahulu. Mungkin juga aku akan bosan dan meninggalkan dia.

Tak patut aku mencintainya kerana tutur katanya. Mengapa ?


Mungkin sekarang sopan tutur katanya. Lembut senyumannya. Lama-kelamaan semakin pedas katanya. Sakit hati kita. Adakah aku dapat mencintainya lagi ?

Tak patut aku mencintainya kerana akhlaknya. Mengapa ?


Mungkin satu hari dia berubah. Ditunjukkan auratnya, terjejas peribadinya. Dahulu seorang muslimah sekarang bergelar minah. Masih buntu kenapa aku suka padanya.

TAPI..
Aku mencintainya bukan kerana apa yang ada padanya. Cukuplah aku mencintainya kerana Allah Subhanahuwataala. Mungkin cinta kerana Dia akan kekal selama-lamanya. Mungkin juga aku cinta kerana Dia menyebabkan aku dapat petunjuk dan hidayah daripadaNya. Bersama hingga ke Syurga, Kasih sayang yang tiada sempadannya. Huh, pendapat korang pulak ?








jom sengihnyebik samasama

0 nota comel dikongsi:

Post a Comment