Saturday, December 4

ehh, saya senyum lagi..

ehh, harini sudah genap tujuh bulan satu minggu dan satu hari 
kami bersama sama,
yess, setelah hampir setahun berkenalan,
dan tujuh bulan kemudiannya senyum nangeh gelak bebai bersama sama
 akhirnyaa,
hasilnya kami maseh seperti mula mula bercinta dahulu,
yess, mungkin seperti singkat tempoh itu,
maseh dalam tempoh honeymoon mungkin,
tapi perlu di ingat,
hampir setiap hari kami berjumpa, bersama sama,
sepanjang hari 
owhh, bagi saya tempoh itu cukop untuk membuatkan si dia paham 
dan saya mengerti dengan apa yang kami sama sama mahukan,

riak kah? bongkakkah saya mengatakan hal itu?
tapi saya yakin,
saya mahu yakin dengan perhubungan ini,
saya bukan spesis yang bercinta sekejap sekejap,
saya bukan kategori yang punya banyak 
pilihan,
saya mahukan perhubungan yang seperti ini,

saya cuma ada seseorang dan seseorang itu si dia,
saya cuma ada satu hati dan hati itu milik si dia,
biarlah,
biarlah pada pandangan masyarakat 
mungkin ada kurangnya si dia,
tapi bagi saya si dia sempurna saja,
saya mahu semuanya tentang si dia,
si dia punya kelebihan atau si dia punya kekurangan
itu saya mahu terima,
lebih dari si dia mahu terima kekurangan saya yang sangat banyak
dan kelebihan saya yang sangat sikit cuma itu,

ermm, hakikatnya yang saya nampak
si dia sangat sayangkan saya,
owhh terima kaseh sayang,

bukan kerana saya di "sengat" ketika si dia sanggup berhenti 
di sisi jalan semata mata kerana mahu meniup mata saya yang di masuki habuk,
bukan kerana si dia yang tiba tiba sejuk ketika marahkan saya kerana 
secara tidak sengaja saya termenitiskan air mata,
bukan kerana si dia yang sanggup bangun ketika tengah makan semata mata mahu
ambilkan saya tisu,
bukan kerana si dia yang sanggup makan dua keping roti sardin dan roti telur yang saya order
setelah saya berubah selera secara tiba tiba mahu makan nasik briyani,
bukan kerana si dia yang menemani saya makan lebih dari separuh satay satay yang di order
sedangkan saya mengorder tiga puluh cucuk satay ketika itu,
dan bukan kerana si dia punya keinginan sendiri untuk mencari coklat cadbury blackforest itu
walau ketika itu saya tidak meminta cuma kerana si dia melihat saya tiba tiba punya nafsu 
untuk coklat itu sejak sejak berubah hormon ini,

yaa, biarlah 
biarlah cuma saya yang paham dan saya yang rasa saat saat indah itu,
cukoplah saya lepaskan dalam entri ini,
buat si dia, 
maaf, maaf kerana saya tidak ucapkan sendiri kata kata ini
terhadap anda secara berhadapan dan menggunakan medium ini sebagai solusi,
saya malu, yess, malu
malu kerana saya terharu.


saya lukih nih sendiri :)


jom sengihnyebik samasama

5 comments: