Thursday, March 3

AL-FATIHAH, salam takziah untuk si dia, semoga arwah di tempatkan di golongan orang orang beriman, AMIN.

assalamualaikom,
panjang ceritanya, namun biarlah saya pendekkan,

26 haribulan Februari 2010.

  • saya masakkan nasik daging untuk incek kekaseh,
  • kami makan bersama sama,
  • bergelak ketawa,
  • maseh sempat ke chepor.
  • syampoo syampoo rambut,
  • bertukar tukar turn,
  • si dia cuci rambut saya dan sebaliknya.
  • si dia bercerita tentang itu dan ini.
  • petangnya, kami ke Giant untuk mencari dumbell beliau.


27 haribulan Februari 2010.

  • saya masakkan lauk kicap kegemarannya,
  • kami makan di tangga bersama sama,
  • si dia bercerita itu ini,
  • si dia mengajak saya ke Parade pula untuk survey dumbell
  • peristiwa penemuan satu kepala yang di penggal berhampiran hostel kami
  • sepanjang jalan si dia bercerita tentang kawasan itu
  • si dia bercerita tentang banyak benda
setibanya di parade,
si dia suggest pada saya,
singgah sebentar di sebuah kedai buku,
untuk mencari novel,
terima kaseh sayang,
anda ingat setiap kegemaran saya,
alhamdullillah.

ketika itulah, si dia mendapat panggilan,
mengatakan ayahnya telah hilang,
dan si dia tergesa gesa mahu pulang,
hati saya mula tidak sedap,
hati si dia, cuma ALLAH yang tahu.

sepanjang jalan pulang ke hostel,
MASHAALLAH,
sangat laju, terasa seperti terbang,
namun, saya paham,
perasaan si dia,
perasaan seorang anak.

untuk memujuk di ketika itu,
saya kelu,
cuma mampu berdoa di dalam hati,
agar tiada apa apa yang buruk berlaku,
sambil menggenggam erat si dia,
saya cuma berharap mampu memberi sedikit kekuatan.
amin.

saya mahukan si dia bukan cuma pada ketika senang,
saya mahukan si dia walaupon ketika susah,
walaupon pada ketika semua orang pergi jauh darinya.

ermm, setibanya di hostel,
si dia bergegas mahu pulang
untuk pulang berseorangan, rasanya bukan untuk ketika begitu,
si dia pulang bersama kawan-kawannya,
saya pegang tangannya,
dengan harapan si dia tabah, kuat untuk menerima apa jua
berita yang bakal di hadapi.

sejam, dua jam, hati saya meronta ronta,
memikirkan adakah si dia baik baik sahaja?
adakah ayahnya sudah di temui?
adakah segalanya berada dalam keadaan seperti sediakala?

namun, akhirnya,
mesej yang saya terima menceritakan segalanya.
walaupon kita sayangkan arwah,
tetapi ternyata,
ALLAH lebih sayangkannya.
innallillah wainna ilaihi rojiun.

Ya Allah, engkau tempatkanlah arwah di golongan dan di kalangan orang orang beriman.

hati meronta untuk berada berdekatan dengan si dia,
tambahan pula pada ketika begini.

alhamdullillah, superhero saya sangat kuat,
si dia mampu menelefon saya,
maseh mampu inform pada saya setelah arwah ayahnya selamat di kebumikan
keesokkan harinya.

itu yang sangat saya tunggu,
saya mahu berada di sisinya walaupon saat saat begitu,
mungkin, tidak banyak yang saya mampu bantu,
tetapi, jika saya mampu menenangkan hati si dia 
walaupon sedikit itu sudah lebih dari cukup.

petang itu, selepas habis test biostatistics,
kami bergegas ke rumahnya,
terima kasih kawan kawan,
terima kasih.

setibanya di sana,
salam yang di hulur si dia saya sambut,
melihat si dia masih mampu tersenyum,
membuatkan saya sayu,
saya tahu, senyum itu mungkin cuma zahirnya sahaja,
hati mana yang mampu tersenyum saat kehilangan insan 
yang paling di sanjungi, di sayangi.
terima kasih sayang,
tapi senyuman itu masih tak mampu melega hati ini.

masih mampu bergelak ketawa,
rasa itu yang saya mahu zahirkan,
biar si dia terlupa sebentar tentang rasa itu,
biar si dia tahu, si dia maseh ada saya,
untuk berkongsi rasa,
berkongsi cerita,
biarpun bukan sebagai pengganti,
malah tak mungkin sama sekali,
tapi saya masih sayangkannya,
masih perlukannya,
masih mahu menjadikan si dia semangat saya.

saya mahu si dia kuat,
saya mahu si dia tabah,
saya mahu si dia mampu tersenyum,
kerana si dia maseh ada seorang insan yang perlu si dia jaga,
si dia lindungi,
si dia masih ada seorang emak.

yaa, si dia mungkin terasa kehilangan,
namun emaknya yang paling terasa kehilangan itu,
si dia bersedih, emaknya apatah lagi.
senyumlah sayang,
tabahkan hati sayang,
biar lega hati emak,
biar redha hati emak,
biar tidak terasa sangat emak atas kehilangan itu.

yaa, tipulah jika langsung tiada rasa itu,
tapi sekurangkurangnya emak 
tidak bertambah sedih.

senyumlah sayang,
jaga hati emak dahulu.
saya okey okey sahaja,
saya paham keaadan anda,
saya sayangkan anda, mahukan anda,
jika anda susah hati,
saya juga tidak happy.

jadi selesaikan semuanya dahulu ya sayang?
saya masih di sini, tetap di sini.

Allah takkan bagi ujian kalau Dia rasa kita tak buleh laluinya. 
Sebab Dia yakin dengan kita lah, Dia bagi ujian dekat kita. 
So, kenapa kita tak yakin dengan diri kita? :)
owh babe, u always owned me no matter hard the situation will be.



opss, azam ada pesan dekat saya,
 ucapkan terima kasih 
kepada rakan rakan dan lecturers di masterskill 
di atas sumbangan dan doa yang telah di berikan.

p/s :  u can tell me anything dear, i u have nowhere left to turn,
 i'll always be there for u.






jom sengihnyebik samasama

0 nota comel dikongsi:

Post a Comment