Sunday, April 3

sila baca, buka minda, tiada kaitan dengan sesiapa, berkongsi pendapat cuma.

yerppp, tadi landing landing depan tv sambil cari cari idea,
nak update blog, nak share opinion,
then sampai la kat satu blog nih, saya x ingat dah apa namanya..

dia ada wat satu entri pasai kehilangan,
and dalam entri tu jugak dia ada tanya,
dalam konteks bercinta nih, cinta tu sendiri leh tahan berapa lama?
sehari? sebulan? setahun? bertahun tahun?

and jangan dipertikaikan tentang cinta terhadap MAHA PENCIPTA,
itu hakiki.

kalau bagi saya, seboleh bolehnya, 
saya nak cinta saya kaseh saya sayang saya di hargai 
oleh orang yang saya cintai saya kasehi dan saya sayangi,
jadi biaqlah cinta itu hadir untuk selamalamanya kan?

and if kita cintakan sayangkan kasehkan seseorang itu,
dan seseorang itu tidak memberikan balasan yang sewajarnya.
perlukah kita menunggu?
for me, eloklah hilangkan rasa itu,
mungkin ianya akan jadi siasia,
sakitnya kita saja yang tahu, dia? 
anda tahu jawapannya..

nanti dia akan datang dan pergi sesuka hati dia , dan kita?
kita jadi hamba dia dok tunggu dia 
padahai dia sikit pon tak tengok pengorbanan yang dh kita buat.
kan?
 pernantian tu satu penyiksaan kan?
mungkinkah penyiksaan itu satu pengorbanan?
emmm, persoalannya ada di situ.
kerana perlukah pengorbanan dilakukan sedangkan 
dia sendiri tak tahu itu satu pengorbanan.
abaikan dan maseh tinggalkan kita begitu saja.
cinta itu tidak memerlukan pengorbanan yang membuta tuli,
tolonglah betulkan kembali persepsi setia dan istilah bercinta.

pengorbanan itu perlu, setia itu perlu, menyayangi itu perlu, membuta tuli itu tak perlu.
lakukan pengorbanan yang sepatutnya,
pengorbanan yang sewajarnya 
seharusnya di tahap kita berada
cukup di takuk kita seadaanya kita.
 bukan mementingkan diri sendiri,
cuma letakkan rasa respek dan appreciation mereka untuk kita juga,
cukuplah jika kita mampu berikan ruang pada diri kita sendiri.

bukanlah saya suggest berkorban dan masukkan dalam harian metro, takk..
cuma perlukah pengorbanan untuk merekamereka yang tak mampu dan tak tahu menghargai pengorbanan itu.

yaa, mari kita berkongsi buah pikiran,
maseh mampukah cinta yang hilang 
bisa kembali lagi?

maseh boleh kah ianya di semai?
atau sudah punya jurangg yang besar?
paling tidak ada dinding yang menghalang?
maseh samakah kemesraan yang dulu?

jika tidak maknanya, keserasian itu sudah tiada.
dan jika maseh ada, alhamdullillah,

perpisahan terjadi dalam hidup kita untuk kita lebih menghargai pertemuan
walaupon dengan memberi sedikit kesedihan.

kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai
jika takut di lukai jangan bermimpi untuk bercinta
tapi sampai bila kita tak mahu bercinta kan?





ini cuma pendapat, tiada kena mengena 
dengan yang berdekatan atau berjauhan.

jom sengihnyebik samasama

0 nota comel dikongsi:

Post a Comment