Thursday, April 21

sila yaa, jemput ke kenduri saya , jangan tak mai pulak tau?

dua hari lepas, masa tengah lepaklepak
dekat katil member saya kan, da sorang bestie saya tanya,
nak ka saya kawen dengan AZAM?

nahh, soklan..
ermm, pikiaqq pikiaq..
okey, dapat jawapann, ermmm, tatau la dulu..
tapi saya jawab malumalu..

hahah, sebab apa malu?
entah laa..rasa segan sangat nak bercakap hal tuh..

bukan tak pernah terpikiaq.
pernah.
bukan tak pernah tersasul..
pernah.
bukan tak pernah melawak..
pernah.

tapi kenapa yaa saya tatau nak jawab apa
 bila di tanya mau kawenkah sama itu azamm?

tu diaaa.. nak jawab apa?
ermm, kemaren pulak masa tengah dok tunggutunggu 
nak rehearsal HIGH ACHIEVEMENT AWARD tu..
sis saya pulak tanya,
pulak dahh, lagi sorang..

ermm jawapan saya maseh sama tatau laa.
nak expresskan benda nih macamana pon saya tatau.
then tadi, masa nak tunggu event HAAC tu tadi, sorang classmate saya tanya lagi.

nahhh, berturutturuttt..
lagi sempoi soalan dia, tibatiba and sangat terbuka.

then saya bagi jawapan yang sama.
iya laa, itu yang paling ikhlas ponn..

tatau lagi macamana, insyaallah
ada jodoh ada la rezeki kami nak tinggai serumah 
kongsi susahsenang samasama
kongsi sengihbebai samasama
kongsi nasikayaq samasama
kongsi selimutbantai samasama

iyaa, saya sayang dia,
dan saya yakin setakat hari ini sayang dia maseh kekal untuk saya.
mungkin si dia sedikit berbeza.
yaa, ada perbezaannya,
tapi bukan perbezaan yang ketara,
cuma perbezaan bilamana dia sudah mampu membaca mimik muka saya
gerak tubuh saya, intonasi suara saya,
dan waktuwaktu kritikal saya.



saya? hahah, banyak lagi nak kena menuntut dengan dia..
sungguh, sebab itulah saya sangatsangat salute sama dia.
walaupon ada ketikaketikanya saya sangat lelah dengan sesuatu,
bukan cara saya untuk simpan biaq menjadi luka dan akhirnya memudaratkan,
dan yang INDAH nya dia ialah dia mampu menjadi air di saat saya menjadi api,
dia mampu menjadi angin saat saya keperitan
 dia mampu menjadi batu saat saya mulai kaku.
dan dia mampu mendengar dan maseh melayan merapurapu saya
bila saya tibatiba tertidoq and terjaga semasa kami on call.

dan untuk jawapanjwapan dari persoalan itu,
jawapannya mestilah ya saya mahu,
tapi saya buntu,

mahu mengaku iya saya mahumahumahu dan kemudiannya kosong 
atau biarkan saja ianya terjadi sendiri.

lagi pulak saya cuma seorang perempuan,
tak sedap pulak jika saya yang teriyaiya nak 
menyuarakan yang begitubegitu.
kan? betoi tak?

ermm, lumrahnya dunia, manusia, alam.
takkan la nak pulak kita berkawin dengan
 orang yang kita tak cinta kita tak sayang kan?
takkan la pulak kita nak bersayangsayang 
dengan orang yang bukan siapasiapa di hati kan?

yaa, saya cuma single tak lebih enam bulan,
bukan gelojoh, cuma rasanya tak perlu di tangisi di ratapi,
insan yang tak sepatutnya di ambil peduli,
seawalnya iyaa, saya sakit, 
sangat sakit, iyaa, putus cinta yang tiada punca..bayangkan?
kemudian bila sebab sudah nyata, jelas, untuk apa lagi?
saya tidak bodoh dan tak mahu di perbodohkan.
takot itu ada, sepatutnya semua perlu ada.
sedih putus cinta, mesti laa, dia yang kita sayang, macam kita nak 
berpisah dengan member sekalipon, rasa tuh mesti tercuet sedikit kan?

baikk, mungkin terlalu cepat untuk menilai samada perlu berkahwin atau tidak,
maseh terlalu awal, untuk mengatakan dengan sekonfidennya 
'yess, saya nak kawen dengan dia..'
dalam tempoh lebih kurang setahun berkawan, 
tiga bulan menjadi lebih akrab dan hampir setahun bercinta

rasanya maseh tidak cukup andai saya nak claim yess, saya nak kawen dengan dia.
niat itu ada, tapi cukuplah sekadar itu dahulu,
tamau overover, susah nantinanti,
dan si dia?
yess, si dia mampu menerima jawapan itu seadanya,
dan cara si dia berfikir tetap terbaek buat saya,
tidak menonong di sebabkan buta dalam bercinta,

'insyaallah sayang, ada jodoh kita, insyaallah..'

cukup,cukup setakat itu..
itu sudah sangat memadai,
saya sudah mampu berpuas hati dengan itu.



tQ sayang, saya senyum sekarang.




jom sengihnyebik samasama

0 nota comel dikongsi:

Post a Comment