Friday, January 7

atkin's diet dan saya !!

assalamualaikom, aicewahh,
sopan pulekk,
nih nak abaq nih,

saya dah GEMOK!!

nih pic yang saya snap tahun lepas, naahh!
tu masa on the way nak p cameron tuh, gemok?
dah pasti!

haaa, nih plak masa tadi saya snap,
baru tadi,

haa, nih gemok tak? background sila abaikan..
still gemok lagi,
mahu kata saya makan banyak kat umahku surgaku nih,
tak la banyak sangat,

nak kata saya tak makan langsung,
langsung langsung la muhong,

jadi?
saya pon surf la internet nih,
sebab tadi masa balik dari market pagi tadi,
saya ada beli remaja baru,

haa, saya ada terbaca satu artikel yang berkaitan dengan atkin's diet..

apa tuh atkin's diet?

haa, mai nak cerita sikit serba sikit yang saya tau laa.
atkin's diet tuh, diet yang lebihkan protien dalam makanan,
dalam satu meal, kita taleh amek karbo langsung,

means, bila kita makan,
totally cuma makan sumber protien saja,
protien sumbernya apa?
yang sebenarnya saya tau protien sama dengan ika ikan,
ikan saja? dengan kekacang kot,
soya bean, tempe, tauhu,
tu semua protien la kan?

kan... :)

ermm, karbo?
karbo ataupon karbohidrat ialah makanan yang mempunyai glukose,
glukose nih la kalau kita tak guna akan convert ke fat,
*itu yang saya ingat ingat lupa laa..

so, diet atkin's nih mengurangkan pengambilan karbo,
bila kita tak amek karbohidrat maka badan kita akan
menggunakan lemak lemak yang berlebihan menjadi tenaga!

yess, ideanya kat situ.

saya mau buang lemak lemak ini.
mau!!

jadi, ini yang saya paham,

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSAM, SPAGETTI (owhh peveret  ), FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang seangkatan dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan yang seangkatan dengannya.

3.) Elakkan Gula, gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi,
100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi! 

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis. 

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal.

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong. 

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih. 


Boleh Makan:-

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai. asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam ja.

9.) Pizza? Makan topping kat atas ja, roti kat bawah tu bagi orang yang tak perlu diet.

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina (yeyerkkk) dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.


Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam.
Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!


haaa, tu pic saya dengan tudung yang mama belikan,
asalnya tadi cuma mahu try tudung itu saja,,
mahal?owhh, tak mahal,
harga standard saja, ariani? owhh, tak mampu,
biaq mama yang bekerja saja guna itu..

hehe, terima kaseh mama, 
untuk mulakan azam tahun baru
saya yang kecil itu!!




jom sengihnyebik samasama

7 comments:

  1. awk tu gumoukk kt mke je kak.. bdn menten. so xde hal la.. tpi bab diet tu agk mskil, bnde yg ley mkn tu bkn sptutnye xley mkn ke.. mcm tblik je pn. ada botoii ka nyonyaaa..?

    ReplyDelete
  2. diet karbo la kak, karbo tuh kan macam roti nasik gandum..

    ReplyDelete
  3. owhh nk kn stdy blik ni.. td bce klam kbut. :)

    ReplyDelete
  4. haa, diet atkin's kita taleh makan roti, nasik, semua2 yang da karbo, berunsurkan karbo.. tapi leh mkan protien.. <3

    ReplyDelete
  5. alyaa~ thx ur tips ni..bayah da gumok..huwa~...

    ReplyDelete