Sunday, January 2

bebel bebel bebel..

haadeshh, letih sunggoh,
letih sebab apa? haa, mai nak cerita,

saya batuk batuk batuk sampai cramp perut nih,
hebat? yaa, bila bab batuk saya la juara,
mau tau? bukti apa?
saya juara batuk terlama dalam rumah saya,
buleh pi sampai dua tiga bulan tau?

haa, lagi hebat bila hidung juga sudah mula bermukus,
anda sudah membayangkannya? yearkk.

tapi itu yang saya terpaksa hadapi, sedih sunggoh,
ermm, takpa laa,
nak buat camna,
teringat time saya belajaq sekolah agama dulu,
haa jangan terkejut okay?

yang saya ingat sikit sikit la kan,
tuhan beri kita kesusahan beri kita penyakit,
in a way to kurangkan account dosa, percaya?
tolong percaya.

sebab? bila kita sakit automatically
ALLAH yang kita sebut sebut,
 ALLAH yang kita ingat pon..

yess, nanti saya bagi hadis itu,
membaca itu tak rugi tau?

ermm, nak jadi cerita tadi tengah saya
demam demam itu,
tiba tiba tekak nih teringin gila nak makan pizza,

siapa buat?
saya la buat,
bukan apa, teringat ingat kat mozzarella cheese yang mama beli tuh,
uishh terangkat!

ngam pulak dengan capsicum,
kena pulak dengan nanas
boh sikit bawang besar,
ayam dengan garlic,
letak sikit oregano,
perghh, mesti best!

haaa, saya ada snap2, tapi usb ada kat atas,
nanti saya letak pic sekali lagi okay? 
gila malas nak naek tangga,

ermm, bukan apa,
esok pagi mula la tugas saya sebagai seorang suri rumah yang tak bergaji,
mau tau?
haha, hebat tak hebat,

bila saya bebel bebel, mesti mama saya kata
" apa guna jadi perempuan kalau nak buat semua tu pon segan? "

haa, amek setepek,
sebab tu la saya segan nak ngaku saya pompuan,

bukan apa, kalau setakat fizikal saja macam perempuan,
dah beriya iya ngaku kita pompuan melayu sejati,
no point la beb!

perempuan kalau ikot skema mama saya,

1. kena bangun pagi, yaa, PAGI
selepas SUBUH itu pagi yaa.

2. kena buat breakfast dan breakfast pada waktu PAGI,
bukan breakfast bila dah nak start "wanita hari ini"

3. kena siap mengemas rumah sebelum breakfast,
siap menyapu sekurang kurangnya

4. memasak itu perlu, memasak dalam erti kata sebenar benarnya memasak
bukan setakat hari hari masak campak campak,
perlu tahu western, chinese, thai, indian, bla bla bla

5. mengemas, sebenar benarnya mengemas.
mengemop, sidai pakaian, lipat pakaian, iron pakaian,
cara lipatan baju, cara menghias rumah and etc etc

6. perlu bijak menghias halaman, dalam erti kata lain,
tahu jaga pokok pokok bunga,
siram pokok bunga ubah ubah pasu bunga, halaman rumah

7. perlu pandai jaga kesihatan, jaga badan, jaga rambut, jaga muka,
jaga percakapan, jaga tingkah laku, jaga permikiran
jaga itu jaga ini..

sebab itu, saya tak mahu jadi perempuan,
seboleh bolehnya,
jadi perempuan yang wanita.

wanita yang sebenar benarnya seorang wanita,
perempuan, anak gadis, 
owhh, itu sangat susah,

saya buleh memasak,
buleh laa,
tapi saya tak suka mengemas suma suma tuh.

maka, saya malu nak mengaku saya nih perempuan,
sebab kalau mengaku saya perempuan semata mata 
fizikal saya perempuan,
dalam surat beranak saya perempuan,
sebab saya ada kekaseh,
owhh, malu rasanya.

lebih baek saya mengaku,
saya perempuan yang tak berapa perempuan,
hahah, senang cerita.



jom sengihnyebik samasama

2 comments: